suria

Hampir 20 tahun menyewa, acik umur 53 tahun hilang arah ‘owner’ arah pindah! Jiran simpati tapi tak mampu buat apa-apa

Proses pindah rumah bukanlah satu perkara mudah dan memenatkan. -Gambar hiasan

SETIAP individu semestinya mempunyai keinginan untuk memiliki rumah sendiri.

Namun, memikirkan harga rumah bernilai ratusan ribu ringgit dan deposit yang ditetapkan pemaju membuatkan kebanyakan individu memilih untuk menyewa sehingga ke akhir hayat.

Mahu membeli rumah subsale mahupun lelong pun kena dikir panjang kerana kos guaman serta deposit yang perlu dikeluarkan agak tinggi dan membebankan.

Sebenarnya, tiada apa yang salah jika terus hidup menyewa, cuma ada beberapa risiko yang perlu ditanggung termasuklah kemungkinan dihalau atau diminta pindah oleh tuan rumah.

Proses pembelian rumah menyukarkan segelintir individu. -Gambar hiasan

Proses pembelian rumah memerlukan kos tinggi. -Gambar hiasan

Perkara ini berlaku kepada seorang individu berusia 53 tahun yang mana kisahnya diceritakan semula oleh seorang wanita di laman sosial.

Menurut wanita ini, individu tersebut merupakan jirannya yang telah menyewa unit di sebelah rumahnya sejak 15 tahun lalu.

"Jiran aku umur 53 tahun kena pindah sebab tuan rumah nak jual dan pemilik baharu tak mahu bagi sewa.

"Jiran aku tu dah duduk 15 tahun kat rumah tu," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Owner’ nak buat renovasi, arah penyewa sarat hamil pindah sementara! Lepas 2 bulan minta duit sewa walau tak menghuni

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hamil nekad pindah ke rumah lelong tak siap renovasi! Penat ulang alik pergi kerja, hantar 3 anak ke sekolah

Bersimpati dengan nasib jirannya, wanita itu mengakui proses pindah rumah bukanlah perkara mudah terutama sekali di usia 50-an.

"Bayangkanlah umur 53 tahun kena bersusah payah pindah rumah.

"Aku yang dah 30 ni pun malas nak pindahkan almari baju, dapur," katanya.

Tambahnya lagi, pihak tuan rumah ada membuat tawaran pembelian malangnya jirannya tidak berkemampuan untuk membeli.

Ramai yang ada mindset sewa sampai mati sekarang ni. Masalahnya kalau dah 60 hingga 80 tahun, larat lagi ke nak bayar sewa rumah?

WARGA MAYA

Sayu mengenangkan nasib jirannya, dia berpandangan golongan muda sepatutnya berusaha membeli rumah sendiri bagi mengelakkan hidup terbeban pada usia tua.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib individu tersebut.

Tidak kurang juga yang menjadikan kisah itu sebagai iktibar kerana masih menyewa dan mempunyai kekangan kewangan untuk membeli rumah.

Warga maya turut berkongsi pengalaman dan pandangan masing-masing.

Warga maya turut berkongsi pengalaman dan pandangan masing-masing.

"Ramai je macam ni, kerja sampai dah pencen dan masih menyewa rumah. Alasannya tak ada duit nak bayar loan rumah sedangkan mampu bayar duit sewa.

"Entahlah ajaran siapa yang cakap tak payah beli rumah. Aku sendiri menyaksikan keluarga terdekat aku berpindah randah tiga kali dalam masa dua tahun. Nasib anak kecil-kecil dan belum bersekolah.

"Ramai yang ada mindset sewa sampai mati sekarang ni. Masalahnya kalau dah 60 hingga 80 tahun, larat lagi ke nak bayar sewa rumah?

"Saya hari tu terpaksa ambil balik rumah sebab penyewa tak jaga rumah elok-elok. Dah 20 tahun duduk tapi rumah hancur awak, yang ayah tak tergamak nak ambil jadi anak-anaklah mainkan peranan dengan bagi notis empat bulan.

"Perkara macam ni yang kami takutkan, tak mahu susahkan anak-anak apabila sudah tua nanti... anak-anak pun ada kehidupan sendiri dan entah ajaran siapalah yang suruh menyewa sampai tua," demikian luahan warga maya di ruangan komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain