SUDAH jadi lumrah seorang lelaki bergelar suami menjadi penyedia (provider) untuk keluarga, yang bermaksud mereka bertanggungjawab keluar mencari rezeki. Namun, dalam dunia hari ini, golongan wanita yang sudah berkahwin juga ramai berada dalam pasaran kerjaya kerana mahu meringankan beban suami. Berbeza pula situasi wanita ini, niatnya yang mahu membantu suami selama ini bagaikan makan diri apabila dihalau dari rumah selepas tidak mempunyai apa-apa lagi. Isu kewangan sering menjadi punca pergaduhan. -Gambar hiasan "Sebelum ni hal rumah, kad kredit dia, barangan dapur semua saya bayar cuma bulan ni sahaja saya tak dapat bayar rumah. Sepatutnya tanggungjawab suami tapi saya tolong dia. "Bila saya jatuh dan tiada apa-apa dia buang saya macam tu saja. Dia suruh saya keluar dari rumah sebab dia serabut, dia nak tenang-tenang dan tak nak ada komitmen," luahnya di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: “Keluar sekarang, aku tak perlukan perempuan miskin!” - Suami tergamak halau anak isteri, anggap beban asyik kena bagi duit ARTIKEL BERKAITAN: “Cari lori, pergi sewa rumah lain!” - Wanita sayu suami usir keluar rumah, paling sedih tengok ibu kutip beg pakaian luar pagar Halau seorang isteri dari rumah satu benda yang tak tercapai dek akal. Lelaki seperti itu tidak patut dihormati. NETIZEN Jelas wanita itu, selepas dihalau dia membawa anak-anaknya menumpang di rumah ibu bapanya tetapi berlaku pula kejadian lain.. "Biasalah ada anak kecil, kadang main sepah, makan apa semua akan kemas kutip semula. Tapi mak ayah saya ni ada masalah tak boleh tengok rumah kotor sikit atau sepah sikit dah stres. "Ayah saya habuk sikit ja tapi banyak kali lap. Saya rasa macam dah tak normal kalau terlalu sangat tak boleh kotor. Kadang sampai takut nak bagi anak makan, risau tumpah," katanya. Reaksi warga maya Sementara itu, perkongsian wanita itu mendapat perhatian warga maya dengan masing-masing mendoakannya supaya terus tabah dan pada masa sama memintanya keluar dari rumah ibu bapa bagi mengelak masalah di masa hadapan. "Halau seorang isteri dari rumah satu benda yang tak tercapai dek akal. Lelaki seperti itu tidak patut dihormati. Percaya pada diri sendiri yang anda boleh berjaya. "Dulu saya kena halau juga tapi saya cari studio duduk dengan anak yang baru umur beberapa bulan. Masa proses cerai dengan bekas suami, saya duduk dengan mak ayah tetapi mak saya ada peraturan sendiri, jadi bila menumpang saya ikut je," kata beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube