suria

Wanita rimas kawan-kawan pesan barang masa melancong, suruh jadi PS... Kacau ‘me time’ - “Bagasi aku bukan untuk barang kau”

Melancong menceriakan kehidupan selain membuat diri anda lebih bahagia. -Gambar hiasan

MERANCANG percutian saja sudah cukup membuatkan sesiapapun teruja, apatah lagi jika berpeluang melancong ke luar negara.

Namun keterujaan itu mungkin terganggu apabila ada pihak yang mahu membuat pesanan untuk dibelikan barang-barang di destinasi berkenaan.

Jika ia dilakukan dengan rela hati tentunya tiada masalah, namun perasaan meluat timbul apabila ia dibuat secara terpaksa.

Begitulah pendirian seorang wanita yang bertegas enggan menjadi pembeli peribadi atau personal shopper (PS) ketika dia melancong untuk merehatkan minda dan fizikal.

Ramai teruja menaiki penerbangan. -Gambar hiasan

"Saya tak pernah buka servis personal shopper atau apa-apa yang lain. Apabila saya pergi bercuti atau melancong, maksudnya me time.

"Jangan sibuk nak kirim barang," katanya dalam satu hantaran di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi nak duduk tepi tingkap, mak ajar anak ‘curi’ tempat orang! Pura-pura cari ‘boarding pass’ lepas kru kabin datang

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat duit zakat tapi ada barang kemas, sakan melancong... Wanita terkejut kenalan terima bantuan hidup senang

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak kisah sekiranya terdapat kenalan yang bertanyakan tentang maklumat atau perkara berkaitan dengan perjalanannya.

"Tanya itinerary (jadual perjalanan) atau perbandingan harga, saya okey. Saya akan layan.

"Nak kirim-kirim barang, tak layan," ujarnya.

Kita pergi travel untuk me time, bukan nak jadi PS tolong belikan barang orang.

NETIZEN

Bercerita lanjut, katanya orang luar hanya nampak keseronokan apabila melancong tetapi tidak melihat cabaran yang dilalui pengembara.

"Kau tak tahu aku punya struggle nak pergi bercuti. Aku beli bagasi 30 kilogram (kg) untuk aku shopping, bukannya untuk aku beli barang-barang yang korang kirim.

"Kalau saya memang travel semata-mata buat PS dan banyak ruang dalam bagasi, boleh juga nak dikirim-kirim.

"Tapi bagi la orang bersuka ria masa bercuti. Takkan la kita kena luangkan masa dengan pilih dan ambil barang-barang yang dipesan," katanya lagi.

Wanita ini melancong bagi merehatkan minda dan fizikal. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan wanita itu terutama membabitkan sikap segelintir individu tidak menghormati privasi pengembara.

"Kita kena habiskan masa untuk pilih dan belikan barang untuk mereka pula.

"Kita pergi travel untuk me time, bukan nak jadi PS tolong belikan barang orang. Souvenir tu pun budi bicara kalau nak beli dan bagi.

"Kalau kirim satu, dua barang okey la. Tapi paling penting transfer duit siap-siap. Ni asyik-asyik suruh pakai duit kita dulu. Maaf tak dilayan," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain