suria

Peniaga ambil order dari jauh, cuma insan terpilih boleh pesan di meja! Wanita tinggalkan kedai nasi ayam pilih bulu layan pelanggan

Wanita kecewa dilayan secara tidak adil di sebuah kedai makan. -Gambar hiasan

ADAB berniaga kedai makan, selain menyediakan hidangan sedap dan bersih peniaga juga perlu bijak mengambil hati pelanggan serta menawarkan servis terbaik.

Pelanggan yang berpuas hati dengan layanan baik akan menghebahkan perkara positif dan sekali gus dapat menarik lebih ramai pelanggan ke premis perniagaan mereka.

Namun, jika layanan tidak mesra ditambah pula aspek penting lain yang diabaikan, peniaga boleh bersiap sedia berdepan impak negatif yang boleh membawa keburukan kepada perniagaan.

Pelanggan hanya mahukan layanan yang baik. - Gambar hiasan

Pelanggan hanya mahukan layanan yang baik. -Gambar hiasan

Seorang wanita bengang apabila mendakwa dia menerima layanan tidak mesra pelanggan oleh seorang pemilik kedai nasi ayam di selatan tanah air.

"Pakcik pemilik kedai tu jerit dari jauh dah boleh amik order ke? Aku cakap la 'boleh' tapi dia tak bangun dari tempat duduk dia. Jadi aku tunggu tak lama lepas tu dia jerit lagi tanya nak makan apa?

"Dia kata kalau nak buat pesanan datang dekat dia sebab masa tu dia tengah sibuk buat kerja. Aku order dari jauh sebab kedai makan masa tu belum ada ramai pelanggan," kongsinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga rancang plot cekup pelanggan setia, tiap hari datang makan tapi tak pernah bayar! Dah kantoi tetap menipu

ARTIKEL BERKAITAN: Perut lapar, hati sakit! Pelanggan bengang kedai makan tak sedia menu bergambar... Makin geram pelayan pun tak membantu

Bagaimanapun, timbul rasa marah dalam diri wanita itu apabila selang seminit kemudian empat pelanggan yang masuk ke kedai itu menerima layanan baik daripada pakcik yang sama.

"Dalam hati aku cakap ni kalau pakcik ni bangun ambil pesanan empat orang ni memang aku sound je. Ya, betul sangkaan aku, dia bangun ambil kertas kemudian ambil pesanan dekat meja tu.

"Jadi apa beza aku dengan pelanggan tu? Aku datang tak bayar ke? Kalau selang 10 minit tu aku faham la sebab dia sibuk kerja, ni selang seminit je," katanya yang pelik kenapa peniaga itu bersikap pilih bulu.

Disebabkan rasa tidak puas hati yang makin membuak-buak, wanita itu kemudian bertanya sendiri kepada peniaga terbabit alasan dia menjerit ketika mengambil pesanan makanan dan kenapa dia sebagai pelanggan perlu bangun, bukan membuat pesanan dari meja.

Biasa macam ni kalau tak laku ingat kena buatan orang. Padahal servis hampeh.

NETIZEN

"Lepas tu dia tu cakap dengan aku habis awak nak suruh saya ambil order dari sini ke? Sambil duduk? Eh pakcik, serabut la aku fikir. Aku nak jawapan bukannya soal aku balik.

"Aku malas nak bergaduh dengan dia, aku bangun sambil cakap dengan anak-anak kita makan tempat lain," katanya.

Kejadian itu juga membuatkan dia nekad untuk tidak mahu lagi makan di kedai tersebut walaupun merupakan pelanggan tetap.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengecam tindakan peniaga terbabit yang bersikap pilih bulu dalam melayan pelanggan.

Reaksi warga maya

Reaksi warga maya

"Memang tak patut la pakcik tu buat macam tu. Lain la kalau sistem kat kedai tu kena order dulu kat kaunter baru duduk kat meja.

"Ni memang order kat meja apa masalahnya malas sangat nak bangun. Saja tolak pelanggan gayanya.

"Biasa macam ni kalau tak laku ingat kena buatan orang. Padahal servis hampeh.

"Ada kedai makan kat kawasan rumah saya macam tu la. Kalau pelanggan yang nampak kaya pemilik yang akan layan manakala yang 'cap ayam' tu dia pass kat staf. Staf dia kawan saya, bos siap pesan macam tu tau," komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain