KERANA tanah, ada individu yang sanggup bermasam muka dan memutuskan hubungan silaturrahim. Dalam sesetengah kes yang lebih serius, ada yang sampai bergaduh sehingga melibatkan kehilangan nyawa. Dalam satu perkongsian di laman Facebook, seorang individu tampil berkongsi pengalaman, di mana tanah miliknya dicerobohi orang lain selama berbelas tahun. "Saya memiliki tanah seluas lebih kurang tiga ekar lebih. Tanah tersebut telah digunakan oleh individu lain yang saya kenali. "Dan saya tahu yang individu ini menggunakan tanah tersebut sejak 2011 hingga sekarang iaitu bersamaan 13 tahun dengan tanaman kelapa sawit," tulisnya. Ketiadaan dokumen menjadi antara punca yang menyebabkan pergaduhan melibatkan harta pusaka. -Gambar hiasan Membuatkan tuan tanah bertambah marah apabila dia perlu membayar cukai setiap tahun untuk tanah miliknya sedangkan keuntungan hasil kelapa sawit dibolot oleh 'penceroboh' berkenaan. Menjelaskan lebih lanjut, individu tersebut berkata dia pada awalnya tidak berapa ambil kisah perihal tanah berkenaan memandangkan menetap di luar kawasan. ARTIKEL BERKAITAN: Tuan tanah terbiar ugut tauke kebun durian... Tuduh ceroboh, memandai tebang pokok tua! - “Dia tanya kayu jual ke mana, berapa harga” ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak roboh dapur rumah pusaka, terkejut nampak kayu merah depan rumah... Baru sedar dah lama ‘langgar’ tanah jiran! Namun tambahnya, tanpa disangka-sangka individu yang dikenalinya itu dilihat berlebih-lebih dalam mengambil kesempatan. "Awalnya saya belum ada niat nk ambil tanah tu. Tapi dia selalu provoke saya. Minta duit modal yang dia dah guna atau tukar nama tanah kepada nama dia. "Minta saya bayar segala kos pembangunan tanaman sawit di tanah tersebut dengan nilai yang tak masuk akal sekiranya saya ingin mengambil tanah tersebut. "Sedangkan hasil tersebut seratus peratus kepada dia," luahnya lagi tanpa mendedahkan hubungan sebenar antara dirinya dengan 'penceroboh' tanahnya itu. Sombong dengan tuan tanah, ubatnya satu saja. Saman ceroboh tanah, buat report polis dan cari lawyer yang padu. NETIZEN Provokasi berterusan daripada individu berkenaan membuatkan dirinya kini buntu lebih-lebih lagi tiada sebarang bentuk perjanjian antara kedua-dua pihak. Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan situasi yang menimpa individu berkenaan dan menyarankannya supaya menggunakan saluran undang-undang untuk menuntut kembali haknya. Antara komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan. "Nak selesai cara baik, cakap je dekat dia, masuk cara elok, keluar cara elok. Kalau nak cara undang-undang, boleh cari lawyer dan bincang untuk buat perintah mahkamah bagi dakwaan ceroboh atau minta pampasan ganti rugi. "Disebabkan dia dah makan hasil haram terlalu lama dan jadi sombong dengan tuan tanah, ubatnya satu saja. Saman ceroboh tanah, buat report polis dan cari lawyer yang padu. "Buat laporan polis kes pencerobohan dan lantik peguam untuk failkan perintah pengusiran," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube