suria

Lama bercinta, nak dekat majlis tunang baru BF mengaku lemah batin... Wanita terhimpit antara sayang, keinginan miliki zuriat

Setiap pasangan tidak akan terlepas daripada dilanda ujian. -Gambar hiasan

BERCINTA atau mengenali hati budi seseorang dalam tempoh yang lama bukanlah jaminan untuk hubungan berakhir hingga ke jenjang pelamin.

Sebagaimana ungkapan 'jodoh itu rahsia Tuhan', demikian juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri ini, dia dan teman lelakinya bakal mengikat tali pertunangan tidak lama lagi.

Bagaimanapun menurut wanita itu, hubungan yang disangkanya bakal berakhir dengan ikatan perkahwinan tergendala susulan pengakuan jujur bakal tunangnya.

pic 2

Kesefahaman antara pasangan penting untuk menjamin hubungan yang berkekalan. -Gambar hiasan

"Baru-baru ini teman lelaki saya telah membuat pengakuan bahawa dia mempunyai masalah lemah tenaga batin dan mungkin tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan sempurna.

"Tapi saya sangat sayangkan dia, kami bakal bertunang tak lama lagi.

"Untuk makluman, kami berdua dah lama berkawan dan masing-sudah berkerjaya yang agak baik," luahnya dalam satu hantaran di laman grup Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak ingin pasangan suka bercerita, rimas dengar luahan masalah - “Nampak lembik, kau tu lelaki kot”

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan suami menghilang, gagal dikesan... Wanita ini sedih rumah tangga tak normal - “Cincin kahwin pun pakai duit aku”

Tambahnya lagi, selepas membuat pengakuan berkenaan, beberapa kali isu tersebut dibangkitkan untuk dibincangkan bersama namun bakal tunangnya seolah-olah tidak mahu mengambil kisah.

"Saya ingatkan dia dah berubah hati tapi rupanya dia tak sampai hati nak kecewakan saya," kongsinya.

Menjelang pertunangan yang bakal berlangsung tidak lama lagi, wanita berkenaan mengakui hatinya agak berbelah bahagi namun dalam masa yang sama, dia terlalu menyayangi jejaka berkenaan.

Kalau sayang, usahakan berubat dulu sebelum kahwin. Jangan terburu-buru kahwin hanya sebab sayang.

NETIZEN

"Adakah saya membuat keputusan yang betul (untuk meneruskan pertunangan)?

"Saya tak sanggup nak lepaskan dia sebab kami dah berkawan lama. Mohon pendapat daripada yang sudah berumah tangga," tulisnya.

KOMEN LEMAH

Antara reaksi netizen terhadap perkongsian pasangan berkenaan.

Hantaran berkenaan mengundang perhatian warga maya yang meluahkan rasa simpati namun dalam masa yang sama, mereka tampil memberi pelbagai cadangan dan pendapat sebagai solusi kepada masalah wanita tersebut.

"Cuba selidik baik-baik lemah tenaga batin ataupun gay boy. Saya suruh selidik saja bukannya nak terus tuduh dia gay, saya share pengalaman kawan saja.

"Kalau sayang, usahakan berubat dulu sebelum kahwin. Jangan terburu-buru kahwin hanya sebab sayang.

"Fikir baik-baik dik. Sayang tu memang sayang. Lama-lama jadi fed up sebab yang batin tak dapat. Meroyan nanti. Tidak pun suruh dia pergi berubat.

"Entah-entah dia dah ada yang lain. Nak terus-terang rasa bersalah. Akhirnya mengaku lemah batin biar awak tinggalkan dia," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain