suria

Suami kantoi check-in dengan budak tingkatan 1, beritahu isteri ‘ringan-ringan’ saja - “Mesejnya tak seperti umur 13 tahun”

Wanita terkejut membaca mesej suaminya check-in bersama remaja. -Gambar hiasan

SUDAH menjadi kebiasaan ibu bapa untuk memberikan anak-anak gajet terutama telefon pintar menggantikan alat permainan.

Umum mengetahui, gajet mempunyai kebaikan dan boleh juga menjadi satu bentuk hiburan tetapi jika digunakan secara kerap serta tidak dikawal boleh mendatangkan kesan buruk.

Bagi kanak-kanak, salah satu kesannya adalah dari segi gangguan perkembangan dan komunikasi, tetapi bagi golongan yang semakin meningkat remaja, mereka semestinya mudah terdedah dengan gejala tidak sihat.

Mengikut peruntukan undang-udang, kesalahan membabitkan mangsa bawah umur boleh dikenakan hukuman yang berat. - Gambar hiasan

Mengikut undang-udang, kesalahan membabitkan mangsa bawah umur boleh dikenakan hukuman berat. -Gambar hiasan

Seorang wanita mendedahkan bahawa suaminya didapati menjalinkan hubungan cinta dengan remaja bawah umur.

Lebih buruk, hubungan itu bukan sekadar di alam maya, sebaliknya berlarutan hingga ke bilik hotel.

Perkara ini diceritakan semula oleh seorang individu yang merupakan sahabat kepada wanita berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ramai isteri tak periksa phone suami... Peguam syarie kongsi kisah tanda curang muncul tanpa sengaja, akhirnya kantoi

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kerap periksa telefon suami, takut pasang perempuan lain... Ustazah Asma perjelas hak wanita

"Aku kalau boleh tak nak taip tapi sebab aku sendiri perempuan dan seorang ibu. Aku nak pesan, korang yang bagi anak telefon, periksa telefon anak tu.

"Sebab, baru saja kawan aku kantoikan suaminya check-in dengan budak 13 tahun. 13 tahun sudah menggatal. Ikut cerita, 'ringan-ringan' saja. Yang tak nampak?" kongsi wanita itu di media sosial.

Dia juga mendakwa remaja 13 tahun itu secara tidak langsung sudah menjadi perosak rumah tangga rakannya, walaupun mengetahui lelaki yang dikenalinya itu adalah suami orang.

Tak menyebelahi budak tu tak salah tapi ni grooming namanya.

NETIZEN

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya dengan rata-rata meminta wanita itu tidak menyalahkan remaja terbabit sebaliknya meletakkan kesalahan kepada lelaki berkenaan sebagai punca kepada masalah.

"Ni bukan merosak rumah tangga orang, ni jantan tu yang tak guna, budak bawah umur kot. Dah kes pedo dah ni.

"Kalau 23 tahun tu tak aneh sangat, tapi ni 13. Tak menyebelahi budak tu tak salah tapi ni grooming namanya," antara komen netizen.

Reaksi netizen

Reaksi netizen

Wanita itu bagaimanapun mempertahankan pendiriannya kerana mendakwa telah membaca mesej-mesej yang dihantar oleh remaja 13 tahun itu kepada suami rakannya.

"Memang lelaki tu salah, tetapi saya nampak macam mana budak tu punya mesej. Tak seperti 13 tahun sampai la saya tahu dia berusia 13 tahun.

"Saya tidak kisah anda semua nak maki saya tetapi saya pertahan apa yang saya katakan. Saya tak peduli anda bersetuju atau tidak dengan saya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain