SETIAP pekerja pasti pernah melalui situasi di mana mereka berasa bimbang untuk pulang ke rumah walaupun kerja sudah selesai dan waktu rasmi bekerja sudah tamat. Kebanyakan pekerja biasanya bimbangkan persepsi dan reaksi majikan apabila meninggalkan pejabat sebaik habis waktu bekerja, apatah lagi ketika itu bos atau penyelia masih belum pulang. Seorang individu yang dibelenggu masalah sama bertindak membuat luahan dan membangkitkan isu ini di media sosial. Ramai pekerja melakukan kerja lebih masa untuk mencari pendapatan tambahan. -Gambar hiasan "Salah ke balik tepat pada masanya pukul 6 petang? Sebab dekat syarikat baharu saya ni banyak orang buat OT (kerja lebih masa) tapi jawatan saya ni tak layak untuk OT. "Kalau stayback tu kira secara sukarela. Lepas tengok jam dah pukul 6 petang tapi tak ramai berganjak dari kerusi. "Sikit betul (pekerja) yang balik awal. Dengan bos bersembang depan pintu keluar. Saya yang baru masuk ni pun rasa serba salah nak bangun," ujarnya menjelaskan situasi di syarikat tempat dia bekerja. Disebabkan baru sehari bekerja di syarikat berkenaan, dia cuba melengah-lengahkan masa supaya dapat pulang lebih lewat berbanding meninggalkan ofis tepat pada masa ditetapkan. ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat lama makin maju, bekas staf teruja diterima masuk bekerja semula... Tapi terkedu HR beri syarat pelik ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pekerja terlibat kemalangan minta duit pampasan, ugut lapor pejabat buruh... Selepas selidik rupanya berlaku semasa kerja ‘part time’ Dia yang masih dalam tempoh percubaan (probation) tidak mahu melakukan sesuatu yang boleh mengundang persepsi buruk majikan. "Saya lengahkan juga sekurang-kurangnya 10 minit macam tu. Kemudian baru saya berani bangun dan balik walaupun bos ada tengah bersembang dekat pintu keluar tu. "Saya risau kalau itu jadi imej buruk untuk saya sebab di bawah probation kan. Nanti orang ingat 'beraninya balik awal dengan bos ada dekat situ'. Senyum saja. Beranikan diri balik pada masanya. NETIZEN "Saya pun tak tahu cuma terfikir je. Salah ke atau tak saya buat macam tu? Patut ke saya tak balik dengan sukarelanya pada hari pertama," ujarnya. Perkongsian individu tersebut mendapat pelbagai respons daripada warganet sebagaimana diharapkan dalam hantaran dibuat. Rata-ratanya meyakinkan individu berkenaan bahawa tindakannya untuk pulang awal adalah wajar sekiranya segala tugasan sudah dilunaskan. Komen netizen di media sosial. "Tak salah. Ikut je masa kerja tu pukul berapa. Duduk lama pun tak ada OT. Asalkan kerja siap tak ada tertangguh. "Kalau gaji awak dibayar pukul 9 hingga 6 petang, angkat punggung (beredar). Masa awak adalah awak punya bukan mereka. "Senyum saja. Beranikan diri balik pada masanya. Lagipun bukan ada kerja tertangguh sebab baru hari pertama kan," komen beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube