JODOH, ajal dan rezeki semuanya adalah ketentuan Ilahi. Seperti yang dikongsikan seorang wanita ni di laman X, dia meluahkan hasratnya untuk menetap di Kota Tinggi, Johor selepas berpindah dari ibu kota. Menurutnya yang baru sahaja menjadi seorang guru di sebuah gugusan Felda di kawasan berkenaan, dia sudah menemukan cinta hatinya selepas dipindahkan untuk berkhidmat di negeri tersebut. "Saya guru yang baru posting tempoh hari. Saya berasal dari Kuala Lumpur tetapi kerja di Felda di Kota Tinggi, Johor. Guru wanita ini berhasrat untuk pindah ke Johor selepas bertemu peneroka Felda. -Gambar hiasan "Patut ke saya settle down (menetap) je dekat sini. Sekarang ni saya sedang berkenalan dengan seorang lelaki yang merupakan peneroka," ujar wanita itu. Menurut pendidik yang tidak mendedahkan identitinya itu, perbezaan umur 10 tahun dengan jejaka itu bukanlah satu halangan untuk mereka meneruskan hubungan. Malah wanita ini berasa lega apabila mengetahui lelaki yang sedang dikenali itu sudah memiliki sebuah rumah sendiri yang dibina menerusi Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Felda Kota Tinggi. ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu nak berhenti lepas 5 tahun kerja, tak mampu teruskan... Makin serabut disuruh tubuh pasukan ragbi perempuan di sekolah ARTIKEL BERKAITAN: Peneroka Felda dapat ‘duit raya’ menjelang Aidilfitri, lebih ramai generasi ke-4 dan ke-5 akan dibantu Untuk makluman, PGBF merupakan perumahan khas untuk generasi baru yang merupakan generasi anak dan cucu peneroka asal. "Umur dia sudah 33 tahun, berbeza 10 tahun dengan saya. Dia pun sudah ada rumah sendiri, perumahan Felda generasi kedua. "Tapi saya belum bersedia nak meneruskan kehidupan di kampung," ujarnya yang dibelenggu dengan dilema tersebut. Perkongsian itu bagaimanapun dihujani pelbagai reaksi netizen yang cuba menjelaskan situasi yang perlu difahami wanita tersebut. Awak orang KL boleh hidup ke kalau kahwin dengan orang Felda? NETIZEN Rata-rata warga maya kurang bersetuju dengan keputusan wanita itu yang bercadang untuk meneruskan keinginan berpindah di rancangan Felda berkenaan. "Dik, saya tahu la belum dapat tunggakan gaji lagi tapi jangan la sampai terdesak sangat. Awak rasa awak sekufu ke dengan dia daripada segi pemikiran atau perangai? "Awak orang KL boleh hidup ke kalau kahwin dengan orang Felda? Jauh lagi perjalanan awak... sabar sikit," kata seorang netizen. Komen netizen di X. Dalam pada itu, seorang warga maya lain turut menjelaskan realiti mengenai PGBF yang kemungkinan tidak diketahui pengadu. "Anak Felda generasi kedua kalau geran tanah dengan rumah bukan atas nama dia, itu bukan milik dia tau. Kalau sudah nama dia pun, dia pentadbir saja. "Kecuali kalau dia anak tunggal. Lepas tu awak kena semak dia sambung pinjaman tanah ladang untuk 30 tahun akan datang dengan Felda ke buat sendiri. Kalau awak kena pindah (tempat bertugas), dia nak ikut ke?," kata netizen tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube