SELAIN mematuhi peraturan yang ditetapkan majikan, sesetengah tempat kerja mengamalkan budaya tertentu yang disesuaikan mengikut keadaan. Salah satu budaya yang popular ialah pekerja baharu diminta untuk membelanjakan sebahagian daripada gaji pertamanya untuk rakan-rakan sepejabat. Jika bilangan pekerja baharu yang masuk adalah ramai, maka kos yang dibelanjakan itu boleh dikongsi bersama. Tindakan staf senior memaksa pekerja baharu membelanjakan gaji pertama bukan budaya sihat di pejabat. - Gambar hiasan Namun, jika bersendirian pasti memeritkan. Bagaimanapun selari dengan peredaran masa, seorang wanita melahirkan rasa kurang senang dengan budaya berkenaan apabila melihat rakan sekerjanya diminta membelikan minuman teh daripada francais popular dalam kuantiti yang banyak. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda gaji rendah tetap sara keluarga lepas mak ayah meninggal... Adik umur 32 tahun goyang kaki, bagi alasan perempuan tak wajib kerja ARTIKEL BERKAITAN: Selalu belanja keluarga suami, tapi tak selesa mentua suka tanya gaji, bonus! Tak pernah beritahu sesiapa walau famili sendiri "Kesian tengok rakan pejabat baru ni, dah la pekerjaan pertama. Hari ni hari pertama dapat gaji... tapi makcik-makcik pejabat ni dah minta belanja. "Aku dengar mereka kata... gaji pertama ni kenalah belanja kami, sekurang-kurangnya Tealive seorang satu. Aku dengar je... dah kenapa paksa orang belikan," kongsi wanita itu di media sosial. Wanita itu menambah dia bersimpati dengan lelaki berkenaan kerana baginya pekerja baru berkenaan kelihatan bukan daripada kalangan keluarga berada. Jangan normalisasikan sesuatu yang ke arah buli... kalau dia nak belanja, itu hak dia keputusan dia. NETIZEN "Dah la orang itu gaji pertama, lelaki pula tu. Entah-entah dia ada banyak tanggungan nak bagi mak ayah dan adik-adik. "Aku tau dia bukan orang senang sebab tali jam dia tu dah mengelupas. Gila tak kesian. Terkesima juga aku tengok mukanya tak tau nak balas kat makcik-makcik tu," katanya lagi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut bersetuju bahawa budaya berkenaan masih berlaku atas alasan mencari keberkatan dan akui ia sesuatu yang tidak sihat di tempat kerja. "Jangan normalisasikan sesuatu yang ke arah buli. Berkat tu dia kena bagi kat tanggungan dia, bukan rakan sekerja. Kalau dia nak belanja, itu hak dia, keputusan dia," kata netizen. Reaksi netizen "Pernah kena dulu dengan kawan masa kerja kilang. Dapat bonus RM2,000. Dia paksa belanja KFC sedangkan saya struggle nak belikan komputer untuk adik yang belajar dekat maktab perguruan. "Sama dengan tempat kerja saya. Saya belanja seorang tu je sebab banyak tolong saat saya susah. Yang lain-lain ada rezeki baru belanja. Banyak benda yang perlu saya dahulukan. "Insha-Allah ada rezeki hujung tahun saya berbahagi pada yang lain pula. Ingat ye, jangan macam tu. Kita rasa benda biasa sebab dah jadi budaya. No! Tiap orang ada kepayahan sendiri," kata netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube