suria

“Awak fikir tak perasaan saya” - Wanita bebel teman lelaki, malu hanya kerja ‘rider’... Makin geram jadi bahan ketawa saudara-mara

Pekerjaan sebagai rider sering dipandang rendah segelintir masyarakat. -Gambar hiasan

GOLONGAN penghantar makanan sering dipandang rendah oleh masyarakat kerana pekerjaan mereka dikatakan tidak mempunyai jaminan masa depan.

Malah, ketiadaan gaji bulanan yang tetap menyebabkan segelintir kaum Hawa menolak cinta mereka kerana bimbang bakal hidup susah selepas mendirikan rumah tangga.

Di Facebook, tangkap layar perbualan WhatsApp antara seorang rider dengan pasangannya tular selepas ia dikongsi menerusi grup GrabFod Rider Malaysia.

A food delivery rider was seen holding the food wrapped with single use plastic bags at Pasar Moden Seksyen 6 in Shah Alam yesterday. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Rider tidak mempunyai gaji bulanan yang tetap. -Gambar hiasan

Dalam kiriman WhatsApp itu, wanita tersebut memberitahu dia malu menjadi bahan jenaka saudara-mara kerana memilih seorang rider sebagai pasangan hidup.

"Apabila berkumpul dengan keluarga, semua tanya awak kerja apa sampai perli saya. Awak fikir tak perasaan saya masa tu?

"Semua gelakkan saya. Mereka gelakkan awak depan saya," tulis wanita itu.

Betapa luluh hati saya awak cakap awak malu dengan saya sebab kata-kata suadara-mara.

PENGHANTAR MAKANAN

Dalam respons balas kepada wanita berkenaan, rider berkenaan memberitahu dia kecewa apabila kekasihnya itu turut sama malu dengan cara dia mencari rezeki.

Malah katanya, dia menyara diri serta banyak berbelanja untuk wanita itu dengan menggunakan wang hasil bekerja sebagai rider.

"Saya sara awak pakai duit Grab yang awak malu ni lah sayang. Betapa luluh hati saya awak cakap awak malu dengan saya sebab kata-kata suadara-mara.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider 'jambu' terkedu dicabul, turut permintaan bapok suruh panggil 'Alia' - “Encik jangan la macam ni, takut saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah gelap, alamat kecil... ‘Rider’ lega nampak kelibat pelanggan tunggu luar rumah, lancar urusan - “Tak dapat tip bukan masalah”

"Tak apa, masa saya susah macam ni, dipandang hina. Saya halalkan semua.

"Ya betul awak malu tapi saya tak pernah malu awak kerja macam mana," tulis rider itu lagi.

Menjengah ke ruangan komen, majoriti pelayar Facebook menyatakan sokongan mereka kepada rider itu.

Netizen turut meminta agar lelaki itu terus sabar mencari rezeki dan berharap dia menemui wanita yang ikhlas menerimanya.

A young rider for delivery on work. Story on GIG Work. — FAIHAN GHANI/The Star

Rider berdepan cabaran cuaca serta risiko keselamatan jalan raya ketika bekerja. -Gambar hiasan

"Percaya pada rezeki. Awak Patut bangga sebab cari rezeki daripada sumber yang halal.

"Kalau awek, tinggalkan saja. Kalau bini, boleh perlahan-lahan jauhkan diri daripada keluarga toskik.

"Carilah yang sekufu bang, yang boleh terima abang apa adanya.

"Cara terbaik. Lepaskan je la bro. Ramai lagi yang boleh terima kerja Grab," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain