suria

Mula-mula buruk sangka, malas layan orang jual kerepek... Lepas dengar cerita baru tahu peniaga terdesak cari duit nak beli ubat anak

Kisah pengorbanan seorang bapa yang berniaga kerepek untuk anaknya tular di Facebook. -Gambar hiasan

SETIAP bapa sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan nasib anak-anak sentiasa terbela.

Begitulah juga kisahnya mengenai seorang bapa yang tular di Facebook kerana menjaja kerepek untuk menampung kos perubatan anaknya.

Kisah mengenai peniaga itu diceritakan oleh seorang pengguna media sosial, Mohd Hafidzullah menerusi satu hantaran pada Ahad.

Children looking for porn sites on tablet.

Kesihatan anak-anak menjadi keutamaan ibu bapa. -Gambar hiasan

Menurut Hafidzullah, dia sekeluarga sedang menjamu selera di sebuah restoran sebelum dihampiri oleh peniaga kerepek berkenaan.

"Sedang tunggu makanan sampai, datang seorang lelaki ke meja kami. Dia bawa dua bekas kerepek. Dia tanya jika saya mahu cuba kerepek pisang. Dia bercakap perlahan, nada dia macam orang penat.

"Aku tengok dia, malas nak layan. Aku tahu, ni mesti nak suruh beli. Tapi bini aku lain. Dia nak try juga. Lepas tu dia cakap sedap," imbas Hafidzullah.

Kadang Allah hantar kita untuk tolong orang, bukan sebab kita lebih baik... tapi sebab Dia nak ajar kita syukur.

MOHD HAFIDZULLAH

Pada waktu itu, peniaga tersebut terus memberitahu Hafiduzllah tentang produk makanan yang dibuat olehnya sendiri.

Hafidzullah berkata, dia dan isterinya bersimpati selepas lelaki itu memberitahu sedang mencari wang untuk membeli ubat anaknya.

"Dia cakap buat sendiri, malam tadi dia siapkan semua. Nak habiskan jualan hari ni, sebab anak tak sihat, dia nak kena beli ubat. Aku terdiam.

ARTIKEL BERKAITAN: Rindu tak berbalas... Bapa terjenguk-jenguk dari luar tingkap, panggilan minta buka pintu tidak dijawab! - “Sampainya hati mu anak”

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu rindu, anak nombor 2 ajak bapa ziarah pusara ibu... Rupanya arwah datang dalam mimpi, senyum apabila dipanggil

"Bini aku terus keluarkan duit dan ambil (beli) dua bekas sambil hulur RM20. Lelaki tu ambil duit dengan dua tangan.

"Masa tu mata dia merah, suara dia serak. Dia cakap terima kasih dan doakan keluarga aku dimurahkan rezeki sebelum berlalu pergi," imbasnya lagi.

Dalam hantaran sama, Hafidzullah menganggap pertemuan yang tidak disengajakan itu merupakan satu peringatan Allah buatnya.

Blanketed by haze.A boy looking out the window of MRT. P.Nathan/The Star

Seorang bapa pastinya sanggup berkorban demi kesihatan anak-anak. -Gambar hiasan

"Isteri aku kata mungkin RM20 tu kecil bagi kita, tapi bagi dia, itulah yang akan selamatkan anak dia malam ni. Aduh, rasa macam kena atas batang hidung pula. Malam tu aku makan kerepek.

"Memang sedap. Cuma hati aku yang prasangka buruk pada orang. Kadang Allah hantar kita untuk tolong orang, bukan sebab kita lebih baik. Tapi sebab Dia nak ajar kita syukur.

"Rezeki yang kita hulur, sebenarnya itulah rahmat yang Allah beri untuk hati kita," ujar Hafidzullah lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain