SEGELINTIR masyarakat gemar membina empayar bisnes bersama rakan baik dan menjadikan ia simbolik persahabatan. Melakukan perkara sama, seorang lelaki berkongsi pengalaman menjalankan perniagaan bersama rakannya. Selaku rakan kongsi, pastinya segala urusan termasuk berkaitan kewangan akan dikongsi bersama. "Dahulu, saya diminta oleh rakan kongsi untuk tandatangan pinjaman bank. Setiap bisnes mempunyai risiko tersendiri. -Gambar hiasan "Satu syarikat Sdn Bhd dan satu lagi enterprise kerana kami rakan kongsi bagi kedua-dua perniagaan tu," ujarnya. Dia yang enggan mendedahkan identiti bagaimanapun mengakui kesilapan diri kerana terlalu mempercayai rakan baik. Ia berikutan, rakannya bertindak mengeluarkan kesemua duit perniagaan serta pinjaman bank untuk dilaburkan dalam syarikat lain. Malah syarikat 'ketiga' yang dibina tanpa pengetahuannya itu adalah milik persendirian rakannya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Penjual ikan dikhianati selepas bantu rakan buka bisnes! Ruang niaga dibolot, hidup tak aman diganggu orang upahan ARTIKEL BERKAITAN: Duit licin disakau scammer, gudang terbakar! Ahli perniagaan bangkit bukan untuk diri sendiri, fikir staf perlu digaji "Silap saya adalah menyerahkan keseluruhan urusan kewangan kepada rakan kongsi, tanpa saya tahu dia keluarkan duit perniagaan dan pinjaman. "Kemudian dia masukkan ke syarikat lain, milik dia seorang," luahnya dalam nada kesal. Selepas mengetahui perkara tersebut, dia meminta rakannya memulangkan semula duit kepada syarikat. Namun malangnya, permintaan dan desakan yang dilakukan itu diabaikan begitu sahaja. Saya kerap dihubungi bank dan dimaklumkan akan dikenakan tindakan perundangan hingga muflis. PENGADU Lebih mengecewakan apabila, rakannya enggan membayar pinjaman perbankan meskipun nama turut terpalit sebagai penjamin. Cadangan untuk menjual kesemua aset syarikat bagi menutup hutang perbankan juga tidak dipersetujui. "Dia enggan bayar loan bank sedangkan nama saya dan dia ada sebagai penjamin. "Apabila saya cadangkan untuk jual aset syarikat dan perniagaan, iaitu kenderaan-kenderaan untuk tutup hutang di bank, dia enggan," tambahnya. Bukan sahaja buntu dengan situasi yang dialami, dia juga menjadi buruan bank kerana tidak dapat menjelaskan hutang yang dibuat. Warga maya berkongsi pandangan dan pengalaman masing-masing. "Saya kerap kali dihubungi bank dan dimaklumkan akaun bank akan dibekukan serta dikenakan tindakan perundangan hingga muflis," luahnya mengharapkan pandangan serta nasihat daripada pakar perundangan. Menjengah ke ruangan komen, warga maya tampil berkongsi pandangan masing-masing dan mengkategorikan rakan kongsi lelaki terbabit sebagai pecah amanah. "Ada pecah amanah tu, lapor polis dan buat aduan pada SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) beserta saman sivil. "Saman sivil terhadap partner tu biar dia dapat pengajaran dan cik boleh buat covering report untuk lindungi diri sebab rakan kongsi enterprise tu liabilitinya akan jadi liabiliti kongsi. Kalau Sdn Bhd ni, sekurang-kurangnya ada perlindungan undang-undang berasingan. "Saya juga pernah kena pada awal tahun 2000, kena main dengan rakan kongsi sampai hancur bisnes serta bercerai," demikian perkongsian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube