SEBAGAI seorang Muslim, kita digalakkan melayani dan memuliakan tetamu lebih-lebih lagi mereka dalam kalangan keluarga. Begitulah juga sebaliknya di mana seseorang tetamu itu sewajarnya peka dengan adab apabila mahu mengunjungi kediaman seseorang. Salah satu daripada adab sebagai tetamu adalah memaklumkan tentang kedatangan dan meminta izin terlebih dahulu daripada tuan rumah bagi mengelak timbulnya perasaan kurang senang gara-gara tidak bersedia. Demikianlah dengan situasi dilalui oleh seorang wanita ini yang sering menerima kunjungan mengejut ibu mentuanya. Bukan mudah buat seseorang wanita bekerjaya membahagikan masa untuk melakukan tugas di rumah dan di pejabat. -Gambar hiasan "Rumah dekat tak semestinya boleh datang hari-hari. Main terjah pula tu. Lepas tu nanti balik, bawa mulut. Rumah berseleraklah dan lain-lain. "Kita ni bekerja, balik rumah nak duduk dulu, baru mengemas... masak. "Kadang time cuti tu, datang terjah je. Kita dekat rumah pakaian pun santai, terkocoh-kocoh tukar baju. "Kadang apabila kita dekat luar, tahu-tahu balik rumah... kereta mak mentua ada. Dia dah masuk dulu sebab ada kunci. Langsung tak hormat kita sebagai tuan rumah," tulisnya dalam satu hantaran di TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Stres mentua, adik ipar pemalas tinggal serumah... Belanja bulanan naik mencanak - “Dia kumpul ‘pad’ dah guna di tandas” ARTIKEL BERKAITAN: Balik rumah asyik tidur, mak mentua canang sekampung perangai menantu... Siap larang anak tolong isteri buat kerja rumah! Menurut wanita berkenaan, dia dan suaminya sememangnya terlintas mahu menukar kunci rumah mereka untuk mengelakkan kunjungan yang tidak dijangka itu. Ujarnya, suaminya juga ada menegur sikap ibunya itu secara baik namun tanpa diduga, teguran berkenaan mengundang rasa marah wanita tersebut. Kita ni bekerja, balik rumah nak duduk dulu, baru mengemas... masak. PENGADU "Suami saya sangat function, dia yang tegur mak dia. Tapi anda tahu apa mak dia buat lepas ditegur tu? Sekarang mak dia tak datang lagi unannounced. "Tapi mak dia block kami, lepas tu cerita sana sini anak dia lebihkan isteri, sejak kahwin anak dia berubah. "Tak sempat tukar (kunci) lagi, dah dicop derhaka," kongsinya. Tambah wanita berkenaan, dia bagaimanapun kasihan dengan suaminya yang terpaksa menghadapi situasi sedemikian sehingga hubungan dengan ibu kandung sendiri renggang. Sebahagian komen warga maya terhadap perkongsian individu berkenaan. Perkongsian tersebut mengundang perhatian netizen malah ramai dalam kalangan mereka turut berkongsi pengalaman yang hampir sama. "Sabar je... saya laluinya sampai sekarang. Dituduh layan mentua macam binatang. Orang kalau dah tak suka, buat baik pun nampak buruk. "Sama kes saya. Tapi bezanya rumah ini rumah mentua, kami sewa bilik je. Dia ada kunci pendua... suka-suka je dia kadang-kadang masuk bilik kami laki bini. Tiada privacy dah. "Saya pun sama. Pedulikan. Tukar je kunci rumah. Tapi sebelum tu saya rosakkan dulu. Saya beritahu kunci tu loose dan kena beli baru," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube