SEBESAR mana pun kesalahan dan dosa yang dilakukan, pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang ikhlas. Seorang pemuda yang menggelarkan dirinya sebagai 'pendosa' tular selepas dia berkongsi kisah penghijrahannya di platform X. Menurut pemuda itu dia pernah hidup dalam kancah maksiat, namun mula berubah selepas mendirikan rumah tangga dengan bekas isterinya. Zina merupakan perbuatan yang berdosa yang ditegah dalam Islam. -Gambar hiasan "Aku seorang lelaki umur 27 tahun. Kisah silam aku buatkan orang geleng kepala. Aku pernah terlanjur dengan lebih daripada 30 wanita. Semuanya jadi dengan suka rela. Semua ni berlaku ketika umur aku antara 13 hingga 20 tahun. "Ia bermula dengan sepupu sendiri. Aku berhenti buat semua benda tu selepas jumpa bekas isteri aku. Aku berhenti sebab kepuasan yang aku cari tak berpenghujung," cerita pemuda itu. Imbasnya, perbuatannya turut menjadi bualan orang sekeliling sehingga pernah digelar sebagai orang minyak. Aku ada seorang anak lelaki berusia lima tahun, ini je kekuatan yang aku ada buat masa sekarang. DUDA KEDAH "Sampai satu tahap kalau orang dengar nama aku, orang akan reject. Kalau aku sebut nama tempat aku tinggal, andai ada yang baca ni dia dah boleh tahu dah siapa. "Pernah digelar orang minyak, pernah dituduh guna bomoh. Aku menyesal sangat, aku rasa macam nak cari semua mangsa dan minta maaf satu per satu. Tapi ramai mangsa yang lost contact dah," luahnya lagi. Menurut pemuda itu, dia kini hidup bersama seorang cahaya mata selepas berpisah dengan bekas isterinya. ARTIKEL BERKAITAN: Bergelumang maksiat, tiduri lebih 10 lelaki... Wanita tawar khidmat seks mahu bertaubat tapi risau kisah lama terbongkar ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hilang dara sebab zina disaran tutup aib, tak perlu cerita kepada bakal suami... Kaum Adam tak setuju, minta jujur kongsi kisah silam Dalam hantaran sama, dia turut meminta maaf sekiranya ada mana-mana wanita yang pernah ditidurinya membaca luahan tersebut. "Aku ada seorang anak lelaki berusia lima tahun. Dia tinggal dengan aku. Ini je kekuatan yang aku ada buat masa sekarang. Kalian tolong doakan anak saya supaya tidak jadi seperti saya apabila dia besar nanti. "Kalau ada mangsa yang baca, saya mohon ampun dan maaf, dari Kedah," tulisnya lagi. Di ruangan komen, pelayar X memberi sokongan agar dia terus istiqamah, namun ada juga yang mencemuh perbuatan pemuda itu. Umat Islam perlu menjaga batas pergaulan dan menjauhi zina. -Gambar hiasan "Kesian lelaki-lelaki yang dapat 'bekas' kau. Semoga hidup kau tak tenteram sampai ke sudah. "Kalau dah 30 bukan terlanjur dah. Tu memang gatal. "Jaga anak elok-elok bro. Jadikan anak sebagai pemangkin motivasi. "Tahniah. Solat taubat jangan tinggal. Istiqamah," tulis netizen. Sebagai peringatan untuk pembaca mStar, perbuatan zina adalah dilarang dalam agama Islam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube