MENUTUP aurat merupakan salah satu perintah Allah yang ditekankan dalam ajaran Islam. Namun, masih ramai individu yang dilihat tidak cakna akan perintah itu. Di laman Facebook, seorang penceramah motivasi pelajar turut berkongsi teguran terhadap golongan guru wanita berkaitan aurat mereka. Segelintir wanita bertudung gagal menutup aurat dengan sempurna. -Gambar hiasan Dakwa Ahmad Salihin Zamri, dia pernah menerima aduan mengenai segelintir pelajar lelaki yang berfantasi lucah mengenai guru mereka. "Cikgu wanita tolong jaga pemakaian, biar sopan ke sekolah terutamanya sekolah menengah. Saya pernah dengar luahan pelajar lelaki yang mengimaginasikan cikgunya sendiri ketika dia berada di dalam bilik air. "Masa kem tu, dia bertanya kepada saya soal hukum dan taubat," tulis Ahmad Salihin yang juga seorang pengamal perubatan Islam. Cikgu wanita tolong jaga pemakaian, biar sopan ke sekolah terutamanya sekolah menengah. AHMAD SALIHIN ZAMRI PENCERAMAH MOTIVASI Selepas tular hantaran itu, Ahmad Salihin berkata dia tidak berniat mengaibkan golongan guru wanita, sebaliknya membuat teguran demi kebaikan semua pihak. Tambahnya, teguran itu berasas memandangkan dia sendiri pernah berkhidmat sebagai guru dan ramai dalam kalangan ahli keluarga serta rakan-rakannya turut berkecimpung dalam bidang pendidikan. "Terima kasih kepada semua, termasuk guru-guru lelaki dan wanita yang menyokong dan membenarkan apa yang saya katakan. ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu tunggu masa nak berhenti, mental ‘koyak’ urus murid biadab... Sudahlah malas, buat salah tapi pandai menjawab! ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu nak berhenti lepas 5 tahun kerja, tak mampu teruskan... Makin serabut disuruh tubuh pasukan ragbi perempuan di sekolah "Tujuan saya katakan ini adalah kerana kebenaran... bukan untuk keburukan tapi kebaikan semua pihak. Adik-beradik saya semua kerja sebagai guru, rakan-rakan saya 90 peratus adalah guru. Mereka semua okey je. "Tiada masalah pun, benarkan yang benar, yang salah tetap salah dan perlu diubah. Untuk pengetahuan semua, saya juga bekas guru sekolah rendah dan menengah," ujarnya lagi. Di ruangan komen, ramai netizen termasuk golongan guru turut bersetuju dengan teguran yang dibuat oleh Ahmad Salihin. Ibu bapa dan guru merupakan insan penting yang mencorakkan peribadi remaja. -Gambar hiasan "Cikgu lelaki pun, sebab anak lelaki saya cakap ada cikgu lelaki suka pakai kemeja dan seluar sendat. Menyampah dia tengok. "Selaku guru, saya setuju dengan ustaz. Memang ada pelajar begini, mengadu disebabkan guru berpakaian tidak sopan. "Terima kasih atas teguran ini. Saya sebagai guru perempuan pun segan tengok rakan sekerja berpakaian ketat," tulis beberapa individu. Hantaran itu sehingga kini menerima hampir 500 komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube