suria

Tak tahan hadap rumah sewa ‘keras’, gadis menangis lepas sergah makhluk halus! - “Aku cakap penat, bebel masalah hidup”

Gangguan makhluk halus sering berlaku apabila mangsa sendirian di rumah. -Gambar hiasan

BERDEPAN gangguan makhluk halus merupakan perkara yang paling menyeramkan apabila kita bersendirian di rumah.

Tatkala berdepan gangguan ini, mangsa biasanya akan mula membaca ayat suci al-Quran sebagai pendinding dan pelindung diri.

Namun jika ia semakin teruk dan berlarutan, mangsa juga akan mendapatkan bantuan ustaz atau perawat untuk menghentikan gangguan.

The house/ room for rent/ let ads displayed at Ss15, Subang Jaya area.

Ada mangsa yang sanggup berpindah rumah kerana tidak tahan diganggu makhluk halus. -Gambar hiasan

Namun di TikTok, seorang gadis dikenali sebagai Ica tular selepas dia berkongsi kisah lucu mengenai gangguan makhluk halus di rumahnya.

Kata gadis itu, gangguan berkenaan bagaimanapun lesap selepas dia menangis kerana tidak mampu untuk 'melayan' kehadiran makhluk berkenaan.

"Pernah kena masa sewa rumah dekat Cheras. Malam tu balik kerja, penat gila. Lepas tu baring dengan tak mandi, tak buka tudung lagi.

Akhirnya aku yang menangis sambil membebel masalah hidup... terus benda tu tak kacau dah.

ICA

"Kemudian dengar 'dia' mula menangis, lama juga. Lepas tu aku pun cakap penat. Aku kata kau (makhluk halus) senanglah, nangis je tak fikir kerja, bayar sewa, makan lagi.

"Akhirnya aku yang menangis sambil membebel masalah hidup. Terus benda tu tak kacau dah. Mungkin sebab kehidupan aku lebih sedih berbanding kehidupan hantu," tulis wanita itu.

Sementara itu beberapa netizen lain turut berkongsi kisah mereka yang berjaya menghentikan gangguan makhluk halus dengan cara sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang penyewa sudah cukup buat ‘owner’ pening! Liat bayar sewa, rumah sempurna berubah ‘tongkang pecah’

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah pening layan pelajar IPT, batal janji sewa saat akhir... Duit deposit pula dah habis beli tilam, katil baharu

Menurut seorang guru dikenali sebagai Rose, gangguan di kediamannya turut lenyap selepas dia menggunakan bahasa kasar untuk memarahi makhluk halus.

"Dulu duduk kuarters sendirian. Mengajar di pedalaman. Hantu tak tunjuk muka, hanya usik-usik.

"Antaranya gangguan langgar sliding door. Sekali tu hantu terbangkan selimut. Penat sangat masa tu.

hantu (2)

Ramai netizen berkongsi kisah gangguan yang dialami mereka di media sosial. -Gambar hiasan

"Memang hantu tu kena maki. Hilang sampai sudah tak timbul-timbul lagi," cerita Rose.

Seorang lagi wanita turut berkongsi yang dia menggunakan kaedah lebih kurang sama ketika menginap di sebuah hotel di Batam, Indonesia.

"Kami pergi Batam dulu, masuk hotel terus aku cakap jangan nak ganggu, aku kata aku baran (cepat marah) kalau tak cukup tidur.

"Esoknya kawan bilik sebelah mengadu kena ganggu hantu. Aku dengan kawan sebilik lena je," cerita wanita itu pula.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain