DUNIA pekerjaan bukan semudah yang disangka, latihan industri pun sudah menunjukkan banyak cabaran dan ujian yang perlu dilalui. Jika tiada ketahanan, sukar untuk golongan muda dalam kalangan generasi Z atau Gen Z menempuh tempoh percubaan ini. Seorang pekerja senior meluahkan tentang perangai dan sikap salah seorang pelajar universiti yang melakukan latihan industri (intern) di tempat kerjanya yang mengeluh dengan tugasan diberikan. "Intern kat jabatan aku cuti seminggu. Dia kata penat mental dan fizikal. "Kami suruh dia susun kotak dan mengecop je," katanya menerusi satu hantaran di laman X. Setiap pekerja mempunyai tugasan dan tanggungjawab masing-masing. -Gambar hiasan Selain itu, pekerja senior turut mengeluh mengenai sikap pelatih itu yang sering menghabiskan masa menggunakan gajet di tempat kerja. "Kami ada tegur dia supaya jangan selalu main telefon semasa bekerja. Budak-budak sekarang. "Itu belum suruh buat annual return, POA (pelan tindakan) lagi. Agaknya mahu dia buat laporan mengadu dekat universiti pula," ujarnya tanpa mendedahkan universiti dan jurusan pelajar berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Majikan henyak pelajar ‘intern’, kerah kerja hampir 16 jam sehari! Ibu resah anak kerap mengadu, bidang kejuruteraan ‘keras’ ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ‘intern’ ajak mak jumpa bos, stres disuruh masuk data dalam sistem... Siap bawa surat doktor nak berhenti kerja Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan mengenai segelintir pelatih muda tidak berdaya saing melakukan tugasan di tempat latihan praktikal. "Itulah, pelajar internship sekarang harapkan nak duduk kat meja sign borang je dalam bilik aircond. Baru susun kotak dah mengadu penat. Cuba suruh intern tu buat apa yang dia patut buat... bukan jadi hamba atau kuli. WARGA MAYA "Memang betul, budak-budak sekarang bagi kerja sikit buat muka memberontak. Nanti mula cakap kerja banyak. "Tak boleh nak nafikan memang budak-budak zaman sekarang manja. Tapi kalau dapat yang bijak, berdikari, kalah prestasi staf," demikian antara komen netizen. Isu tekanan di tempat kerja perlu dipandang serius. -Gambar hiasan Pada masa sama, pekerja senior itu turut dikritik netizen gara-gara membiarkan pelatih berkenaan melakukan kerja-kerja sedemikian. "Cuba suruh intern tu buat apa yang dia patut buat. Bukan jadi hamba atau kuli. "Macam mana la budak tu tak penat mental kalau kalau disuruh cop dan susun kotak je. Aku dulu masa jadi intern separuh mati menunggu nak balik sebab bosan buat kerja sama yang boleh siap lima minit. Apabila minta tugasan, senior kata tak tahu nak bagi apa. "Kasi lah skop kerja untuk intern. Kau suruh dia susun kotak, lepas tu dia nak tulis apa dalam buku log (buku laporan latihan praktikal)? "Intern bukan kerani pejabat. Kerja biar setimpal," kata netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube