KERETA terpakai atau ‘secondhand’ menjadi pilihan segelintir masyarakat yang enggan dibebani hutang berpanjangan kerana harga yang ditawarkan lebih murah. Pada masa sama, pengguna boleh mendapatkan kereta idaman mengikut bajet yang ditetapkan. Berpandangan sama, seorang lelaki turut memilih kereta terpakai sebagai alat pengangkutan utamanya dan keluarga. Namun malangnya, selepas berjaya memiliki kereta idaman itu, dia terpaksa mengeluarkan kos tambahan untuk membaiki kerosakan yang tiba-tiba terjadi. Lebih menyedihkan apabila, kereta tersebut rosak semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumah sejurus keluar dari syarikat kereta terpakai. Kerosakan gearbox melibatkan kos yang tinggi. -Gambar hiasan "Saya baru beli kereta terpakai dari syarikat used car di Kuala Lumpur. Belum pun sampai rumah, gearbox dah rosak. "Ada waranti, tapi harga gearbox RM8,000 dan had limit claim cuma RM3,000. Selebihnya saya terpaksa bayar sendiri," luahnya di laman Facebook. Menurut lelaki ini, seandainya dia gagal membayar kos berkenaan, kereta yang baru dimiliki tidak dapat dibawa keluar dari bengkel. Sudahlah kecewa dengan situasi yang dialami, dia turut terkilan apabila pihak syarikat kereta terpakai seolah-olah ‘lepas tangan’ meskipun kerosakan berlaku dalam tempoh satu jam selepas urusan dokumentasi serahan pemilikan selesai. ARTIKEL BERKAITAN: Beli kereta terpakai ‘cash’, siap dah belanja RM400 untuk baiki... Sudahnya susah hati tengok berderet rekod saman lampau ARTIKEL BERKAITAN: Luaran je cantik! Mekanik bongkar sejarah kereta terpakai, pernah kemalangan teruk... Wanita rela hangus deposit "Saya minta pihak used car bertanggungjawab dengan bayar lebihan yang tak boleh claim sebab tak sampai sejam tinggalkan lokasi kereta dah buat hal. "Tapi pihak used car hanya setuju bayar RM1,000 dan baki RM4,000 saya kena bayar sendiri," tambahnya sayu. Beranggapan diperdaya pihak syarikat itu, ujar lelaki ini semasa membuat tinjauan, dia hanya dibenarkan membuat pandu uji di sekitar kawasan parkir. Susulan itu, dia tidak dapat mengenal pasti masalah pada kereta berkenaan dalam jarak yang pendek dan terpaksa mempercayai kata-kata jurujual. Buat laporan polis sekali, cakap awak syak ada unsur penipuan alat ganti gearbox... mereka letak gearbox rosak. WARGA MAYA "Masa mula-mula nak beli, jurujual cakap yang kereta tak ada masalah dan semua okay. Test kereta pun setakat pusing-pusing kat area parkir sahaja, tak sempat rasa apa-apa yang tak kena. "Apabila pandu jauh sikit, baru dapat rasa ada masalah," katanya kecewa. Masalah yang dialami itu membuatkan dia cuba mendapatkan pandangan daripada pihak bertauliah. Warga maya mahu lokasi syarikat didedahkan bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan apa yang terjadi dan tampil memberikan cadangan bagi memastikan nasibnya terbela. "Kena tipu ni, biasanya pihak used car tahu ada masalah dan dia buat senyap. Patut sebelum 10 hari boleh claim refund atau pulangkan kereta... buat aduan je kat KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia). "Buat laporan polis sekali, cakap awak syak ada unsur penipuan alat ganti gearbox, mereka letak gearbox rosak. "Saya pernah dengar kes yang sama macam tuan ni di Tribunal Pengguna. Kes tu pengguna menang dan used card company kena tanggung kerugian. "Scrut dulu, dapatkan mileage sebenar dan kalau tak sama dekat meter kereta... kau ditipu dari awal dan ada peluang untuk bawa kes penipuan milej ke Tribunal Pengguna," demikian pandangan warga maya cuba membantu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube