DITEGUR individu tidak dikenali atas pelbagai tujuan adalah perkara biasa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Begitulah yang dilalui seorang wanita ini semasa dalam perjalanan ke Cameron Highlands di Pahang pada Khamis lalu. Menerusi hantaran di TikTok, dia berkongsi situasi ketika membantu seorang lelaki India yang memintanya menunjukkan arah perjalanan. Nurlinda meraikan ulang tahun ketiga perkahwinannya dengan suami. Berdasarkan rakaman video yang dikongsikan, kelihatan seorang penunggang motosikal sedang mengikuti keretanya dari belakang sebelum membelok ke persimpangan Tapah, Perak. Berkongsi cerita dengan mStar, Nurlinda Ishak berkata, dia pada awalnya terkejut melihat seorang lelaki yang tiba-tiba memberhentikan motosikal di belakang keretanya. Pada masa tersebut, dia dan suami Muhammad Nursyazwan Zamrus sedang berada di sebuah stesen minyak berhampiran persimpangan Tapah, Perak. Nurlinda bersama suami dan anaknya. "Video itu dirakam semasa saya dengan suami dalam perjalanan ke Cameron Highlands... kami singgah di tandas stesen minyak sebelum sampai ke simpang Tapah. "Selepas pergi tandas dan nak kembali ke kereta, saya nampak uncle berkenaan berhentikan motosikalnya di belakang kereta," ujarnya yang kini berusia 35 tahun. Menurut peniaga surprise delivery ini, selepas bertegur sapa, uncle terbabit memintanya menunjukkan simpang jalan ke Tapah. ARTIKEL BERKAITAN: Lori sekat jalan, mat motor bagi jari tengah! Pemuda beri hujah kukuh guna lorong kecemasan, ramai terlopong ARTIKEL BERKAITAN: Makcik selekeh terkocoh-kocoh naik LRT, minta tunjuk arah! Wanita geram, punyalah ramai penumpang tiada siapa sudi bantu Lebih menyedihkan apabila, lelaki yang dianggarkan berusia lewat 40-an itu mengakui tidak pandai membaca tulisan di papan tanda dan bimbang terlepas simpang yang ingin dituju. Justeru dia memerlukan bantuannya untuk menunjukkan jalan. "Dia nak ke sana (Tapah) tapi tak tahu baca papan tanda, kebetulan masa tu memang kami nak pergi Cameron Highland sebab semalam tu hari jadi dan anniversary saya," tambah ibu kepada seorang cahaya mata ini. Seronok dan rasa lapang hati apabila kita dapat tolong orang. WARGA MAYA Dia yang berasal dari Klang, Selangor berkata, lelaki terbabit turut membawa sebuah beg baju bersaiz besar di bahagian hadapan motosikalnya. Tambahnya, video yang dikongsikan itu sekadar untuk kenangan dan bersempena sambutan ulang tahun perkahwinan yang ketiganya. Video berdurasi 45 saat itu mengundang pelbagai reaksi warga maya termasuk seorang pelayar yang menyatakan pernah bertemu dengan lelaki terbabit. Menurut pemilik akaun Faz_ira, lelaki terbabit sama seperti individu yang mengisi minyak motosikal di tempat kerjanya. Warga maya turut terharu selepas menyaksikan klip video yang dikongsikan. "Rasanya ni uncle yang isi minyak kat tempat kerja saya semalam, dia kata nak ke Batu Gajah tapi tersalah jalan. "Kalau tak salah, katanya dari Pahang. Risau jalan Tapah tu yang jadi punca dia tak jumpa jalan ke Batu Gajah," ujarnya di ruangan komen. Dalam pada itu, rata-rata warga maya meluahkan rasa terharu dan sebak melihat keadaan lelaki terbabit yang membawa sebuah beg baju besar sambil menunggang motosikal. "Awak insan terpilih kak, semoga murah rezeki awak. "Terima kasih orang baik permudahkan urusan uncle itu... semoga dipermudahkan segala urusannya untuk awak sekeluarga. "Seronok dan rasa lapang hati apabila kita dapat tolong orang, hari ni kita permudahkan urusan orang, nanti Allah permudahkan urusan kita," demikian nukilan warga maya di ruangan komen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube