suria

Balik rumah asyik tidur, mak mentua canang sekampung perangai menantu... Siap larang anak tolong isteri buat kerja rumah!

Segelintir wanita terpaksa memendam rasa kerana sebumbung dengan ibu mentua yang cerewet. -Gambar hiasan

TIDAK dinafikan kebanyakan wanita yang sudah berkahwin mengelak untuk menetap sebumbung dengan keluarga mentua, melainkan jika tidak mempunyai pilihan.

Bukan sahaja atas faktor privasi, antara sebab lain adalah mahu mengelak perkara-perkara yang boleh membuka peluang berlakunya perselisihan faham sehingga akhirnya menjejaskan keharmonian rumah tangga.

Demikian juga dengan kisah yang dikongsikan seorang wanita ini di satu laman grup Facebook.

Tidak mendedahkan identiti, wanita yang bekerja sebagai seorang jururawat itu mendedahkan sikap mentua yang tidak memahami kerjayanya hingga dia sering dianggap sebagai menantu pemalas.

nurse 2

Wanita bergelar ibu cenderung untuk mengalami sindrom 'burn out'. -Gambar hiasan

"Saya ada tiga orang anak, yang paling kecil baby berusia tiga bulan. Saya kerja sebagai jururawat, jadual kerja saya syif pagi, petang dan malam.

"Saya memang dah lama terasa hati dengan mentua. Dia selalu ungkit saya ni asyik tidur je. Balik kerja masuk bilik dan tidur... baju-baju tak lipat, rumah bersepah.

"Ya saya akui, memang saya akan tunggu hari cuti baru buat. Sebab ketika itulah baru saya rasa tenang dan ada masa sikit nak kemas rumah," demikian kongsinya dalam luahan berkenaan.

Lebih membuatkan dia tertekan, ibu mentuanya langsung tidak membantu meringankan sedikit bebannya walaupun hanya untuk menjaga anak-anaknya buat seketika.

ARTIKEL BERKAITAN: Stres mentua, adik ipar pemalas tinggal serumah... Belanja bulanan naik mencanak - “Dia kumpul ‘pad’ dah guna di tandas”

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu wanita dilayan buruk sebab tiada zuriat, mentua tagih simpati lepas sakit! Anak menantu ‘subur’ semua tak mahu jaga

"Baby saya memang saya hantar (mengasuh) ikut waktu syif kerja saya. Dia pula, pantang diletak... meraunglah dia. Tapi mentua saya langsung tak ambil alih.

"Kalau saya nak mandi ke nak solat, saya tunggu anak tidur dulu baru saya akan buat semua benda cepat-cepat.

"Rasa mental down sangat sekarang sebab dia asyik canang pasal saya dekat jiran-jiran tentang perangai saya," luahnya lagi.

Duduk asinglah sis, ada privacy sendiri. Rumah bersepah pun tak ada siapa yang kisah. Jaga kesihatan mental juga.

NETIZEN

Tambah wanita berkenaan, suaminya ada menghulurkan tangan namun terpaksa membantu secara senyap-senyap kerana mentuanya 'pantang' anak lelakinya melakukan kerja rumah.

"Saya tak tahu apa dia nak sebenarnya. Saya tak pernah minta dia masakkan ke apa. Ada hari saya akan beli juga makanan untuk dia.

"Tak lama lagi saya akan masuk rumah sewa, cuma mentua saya nak ikut sekali. Bak kata orang... kita nak pindah sebab stres, tapi stres nak ikut kita.

"Saya dah sampai satu tahap, rasa penat sangat... baik saya resign je. Orang luar seolah-olah tak tahu pun skop kerja nurse ni macam mana," luahnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyarankan supaya wanita berkenaan mencari kediaman berasingan kerana ia melibatkan kesihatan fizikal dan mentalnya.

komen nurse

Antara komen netizen.

"Duduk asinglah sis, ada privacy sendiri. Rumah bersepah pun tak ada siapa yang kisah. Jaga kesihatan mental juga, sayanglah nak resign. Kalau resign duduk rumah lagi stres nak hadap.

"Kalau sayalah, saya keluar daripada rumah tu. Ada duit kan? Go for your life. Jangan biar orang atur hidup kita.

"Saya suri rumah... pernah enam tahun duduk dengan mentua. Sikit lagi boleh jadi gila. Jalan terbaik pindahlah," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan