suria

Sudahlah gelap, alamat kecil... ‘Rider’ lega nampak kelibat pelanggan tunggu luar rumah, lancar urusan - “Tak dapat tip bukan masalah”

Selain hujan dan panas, penghantar makanan juga diuji ketika bertugas pada waktu malam. -Gambar hiasan

NAMPAK senang, tapi sebenarnya bukan semudah yang disangka.

Bukan setakat berhujan dan berpanas, kadang-kala mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan juga berhadapan dengan kesukaran mencari rumah pelanggan.

Lebih-lebih lagi pada waktu malam yang gelap ditambah pula dengan nombor yang tertera di hadapan sesetengah rumah agak kecil untuk dilihat.

Namun seorang penghantar makanan lega apabila tugasannya untuk menghantar pesanan ke rumah seorang pelanggan pada suatu malam dipermudahkan.

Pelanggan mahukan servis yang terbaik daripada penghantar makanan. -Gambar hiasan

Lebih dikenali sebagai Yusri, dia bersyukur melihat pelanggan berkenaan sudah bersiap sedia menunggunya di luar rumah.

"Nasib baik you keluar, tunggu depan rumah. Kalau tak, susah saya nak cari.

"Nombor rumah semua kecil-kecil, gelap pula tu," katanya menerusi satu hantaran di Facebook bagi mengimbas kembali momen tersebut.

Tak kisah ada tip atau tidak... syarikat dah bayar dengan jumlah sepatutnya atas kerja kita.

YUSRI

PENGHANTAR MAKANAN

Jawapan yang diberikan oleh pelanggan yang dipercayai berbangsa Cina itu begitu menyenangkan hati kerana memahami tugas penghantar makanan sepertinya.

"Pelanggan kata... I memang macam ni, tak mahu susahkan orang. Orang mau cari rezeki, kita kasi senang. Lagi mudah kita, terima kasih ya," ujarnya.

Pekerjaan sebagai penghantar makanan mendapat perhatian ramai terutama anak muda. -Gambar hiasan

Berbeza dengan pengalaman sebelum ini, kadang-kala dia juga berhadapan dengan kesulitan ketika pembayaran tunai di rumah pelanggan.

"Saya bukan setakat silau je, rabut jauh pun ada. Dah la nombor rumah kecil, lampu depan jenis tak reti nak buka... biar bergelap.

"Padahal tahu orang nak hantar makanan, lepas tu kasi cash. Dalam keadaan gelap bagi duit besar dengan bermodalkan lampu motosikal aku nak suluh," tambahnya.

Bagi Yusri, sebagai penghantar maknanan, apa yang lebih diharapkan adalah supaya urusan dan tugasannya dalam mencari rezeki dilancarkan.

"Tak dapat tip bukan masalah bagi aku. Tak kisah ada tip atau tidak. Syarikat dah bayar dengan jumlah sepatutnya atas kerja kita.

"Asalkan orang mudahkan kerja kita pun dah bersyukur sangat," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan