suria

Wanita dedah sisi gelap suami, hampir sempurna tapi kaki porno! Ramai suruh ‘improve’ layanan, pakai seksi kalau itu pasangan suka

Seorang isteri bimbang dengan ketagihan suaminya menonton video lucah. -Gambar hiasan

SETIAP wanita pasti mengimpikan suami yang mempunyai pakej lengkap dari segala aspek dan paling penting tidak mengabaikan bertanggungjawab.

Bagi seorang wanita, dia amat bersyukur kerana dikurniakan suami yang baik sejak mendirikan rumah tangga.

Namun tanpa disangka-sangka, suami yang dianggap mithali itu sebenarnya mempunyai sisi gelap yang mana dia sendiri sukar mempercayainya.

"Lelaki memang tak lari dari tengok video lucah ke? Suami aku yang baik sangat, ringan tulang, buat kerja rumah, tak baran, penyabar sangat orangnya pun kantoi.

Suami tidak pernah culas memberi nafkah setiap bulan. -Gambar hiasan

Selain baik dan rajin, katanya, suaminya juga menunaikan tanggungjawab dengan memberikan nafkah.

"Suami pun tak pernah culas bayar nafkah walaupun saya sendiri bekerja dan ada pendapatan sendiri," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hilang arah ibu BF tak terima jadi menantu sebab seksi, freehair! Memang niat nak berubah, tapi bukan drastik

ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan terkedu bakal staf jerkah isteri! Terus kantoi jenis ‘biawak hidup’, berang bini gigih tolong carikan kerja

Mengulas lanjut, sisi gelap suami yang dimaksudkannya adalah, lelaki itu mempunyai tabiat luar biasa iaitu menonton video lucah.

Wanita itu hanya menyedari perkara itu selepas melihat apa yang dilayari suaminya di laman sosial X.

Itu tandanya hang tak pandai layan suami.

WARGA MAYA

Menurutnya, bukan sahaja video lucah, malah suaminya dikatakan sering melayari laman-laman yang memaparkan gambar-gambar wanita seksi.

"Suami kantoi history 'X', dia tengok porn dan perempuan seksi," katanya lagi tanpa mendedahkan sama ada suaminya ketagih melakukan perbuatan itu dan tidak pasti tabiat sejak bujang atau selepas berkahwin.

Walaupun perbuatan menonton video lucah itu adalah tidak wajar, namun rata-rata warga maya menasihatkan wanita itu agar menjadi isteri yang lebih bertanggungjawab.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

Sebagai isteri yang prihatin, sudah tentunya dia mempunyai inisiatif untuk menegur dan membimbing suaminya supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Malah, dia sendiri juga boleh melakukan perubahan yang lebih baik bagi mengalihkan perhatian suami terhadap dirinya berbanding aksi 'panas' wanita seksi.

"Baik je suami hang. Hang yang tak jalankan tanggungjawab ni, tapi tak cerita pula.

"Semak betul perempuan macam ni. Macam kau sempurna sangat je jadi manusia.

"Itu tandanya hang tak pandai layan suami. Hang kena juga pandai jadi 'wanita seksi' untuk suami. Belajar lagi," demikian antara komen warga maya.

Sebagai peringatan, perbuatan menonton video lucah adalah dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain