suria

Bekas pasangan kekasih berebut hak penjagaan kucing! Pemuda berkeras nak jaga, tak layan ex-GF video call nak lihat si bulus

Wanita ini mencari cara untuk menghubungi ex-BF kakaknya bertanya khabar dua kucing kesayangan. Gambar hiasan

KUCING merupakan haiwan peliharaan kesayangan ramai, bukan hanya di Malaysia tetapi seluruh dunia..

Selain comel serta mudah dijaga, sifat dan keletahnya yang sangat manja membuatkan ramai pencinta kucing menganggapnya seperti ahli keluarga sendiri.

Jadi, tidak hairanlah jika sesuatu berlaku kepada si bulus kesayangan, pemilik pasti sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkannya.

Di Sepanyol, pasangan yang berpisah boleh memfailkan permohonan hak penjagaan kucing di mahkamah. Gambar hiasan

Di Sepanyol, pasangan yang berpisah boleh memfailkan permohonan hak penjagaan kucing di mahkamah. -Gambar hiasan

Perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Dee di aplikasi Thread mengenai hak penjagaan kucing melibatkan kakaknya yang sudah putus hubungan dengan kekasih mencuri tumpuan ramai.

Menurut Dee, perkara ini mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang namun pencinta kucing pasti akan faham perasaan kakaknya dan situasi sedih yang perlu dilalui.

“Hanya pencinta kucing sahaja memahami. Saya hubungi ex-BF kakak pun tak berjawab panggilan.

“Saya hanya nak minta hak untuk lawatan kucing saja. Rasanya perlu ada mahkamah kucing di negara ini. Supaya nasib mereka terbela,” seloroh wanita ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sepanyol wajibkan pasangan pertimbang hak penjagaan haiwan peliharaan sekiranya bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Ditinggalkan sendirian, bosan antara sebab kucing lebih aktif waktu malam

Jelasnya, pergaduhan ‘hak penjagaan kucing’ terjadi selepas kakaknya putus cinta dengan teman lelaki dan dia bertindak sebagai orang tengah untuk menyelesaikan pertikaian mereka melibatkan dua kucing, iaitu Lyra dan Lexi.

Dee berkata, dia membantu kakaknya atas permintaan ibu yang memintanya menghubungi lelaki itu untuk berbincang mengenai pemilikan dan penjagaan Lyra dan Lexi.

“Ibu saya pula asyik call minta saya uruskan masalah ni. Aduh, pening la saya macam ni.

Kakak saya baru putus cinta dengan kekasih. Sekarang mereka tengah bergaduh tentang hak penjagaan kucing.

ADIK

“Kucing tu berada dengan ex-BF kakak. Kesian juga kakak saya Facetime ex-BF sebab nak tengok Lyra dan Lexi tapi langsung dia tak benarkan,” tulisnya.

Menurut Dee, Lexi dijaga oleh kakaknya sejak kecil dan Lyra dibeli bersama teman lelakinya.

Bagaimanapun kedua-dua kucing ini dijaga oleh kakaknya.

"Ceritanya my sis nak pindah rumah dan dia minta tolong la ex-BF jagakan kejap sementara dia nak selesaikan hal rumah.

"Bila dah selesai nak minta balik terus ex dia tak bagi. Memang dia sedih gila tapi nak buat macam mana peluang untuk dapat balik tu memag susah," katanya.

Bagi mengubat hati yang lara, kakaknya kini memelihara seekor lagi kucing.

Perkongsian Dee mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya dengan yang memahami keadaan ini kerana pernah mengalami situasi sama.

“Adik lelaki saya dulu bela kucing sama-sama dengan kekasih, kemudian diaorang 'breakup'. Kucing adik kemudian sakit dan mati. Ex-GF siap datang rumah tengok pengebumian kucing. Diaorang dah kahwin sekarang.

Gelegat si bulu sering membuatkan tuannya rindu. Gambar hiasan

Gelegat si bulus sering membuatkan tuannya rindu. -Gambar hiasan

“Kucing saya mati selepas tiga bulan perpisahan antara saya dengan ex. Ex bertegas nak jaga, walhal dia jarang ada kat rumah. I kesal sampai sekarang. Kadang diaorang ni bukan nak jaga pun, saja tamak dan nak sakitkan hati.

“Pernah alami. Ex bawa lari dua kucing saya ke kampung dia. Dah la saya beli seekor tu RM3,000 lebih.

“Nanti update siapa yang dapat hak penjagaan tu. Ex dia mesti saja nak sakitkan hati sebab tu tak nak langsung tunjuk kucing pada kakak awak.

“Saya tak pernah terfikir perkara macam ni. Tak sangka betul-betul terjadi ya!” demikian antara komen warganet.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain