suria

Ibu jual loket patah, terdesak beli susu anak... Senyum lebar, tak putus ucap syukur walau cuma dapat RM75

Seorang wanita terpaksa menjual loket emasnya yang patah demi mendapatkan wang untuk membeli susu buat anaknya. -Gambar hiasan (kanan)

DALAM zaman ekonomi yang mencabar ketika ini, tidak semua orang bernasib baik dengan ada golongan yang terpaksa menggadaikan atau menjual apa sahaja untuk mendapatkan wang demi kelangsungan hidup.

Bahkan, ada yang sanggup mengorbankan barang berharga mereka hanya untuk membeli makanan buat anak-anak agar tidak kelaparan.

Di laman TikTok, tular satu perkongsian video memaparkan kisah seorang ibu yang menjual loket kecil miliknya kerana perlu membeli susu dan makanan untuk anak-anaknya.

LOKET 2

Sebahagian perkongsian yang dibuat oleh staf kedai emas tersebut di TikTok.

Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang pekerja di sebuah kedai emas, sekali gus mengundang hiba warga maya.

"Mata masuk habuklah hari ni. Ada seorang kakak ni mai (datang) tolak loket patah, emas 916... nak buyback (ambil cash). Nak beli susu anak katanya. Suami dia gaji hujung bulan ni," tulisnya pada perkongsian tersebut.

Menurut staf berkenaan, selepas ditimbang loket milik wanita itu, ternyata wang yang diperoleh sudah cukup untuk membuatkannya tersenyum lebar biarpun hanya RM75.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup RM3, warga emas terkial-kial seluk poket depan kaunter bayaran... Orang belakang buat tak tahu, sanggup beratur 15 minit

ARTIKEL BERKAITAN: Sebiji burger diminta belah 4, wanita hamil kira syiling sebelum bayar... Paling sedih mengaku tak cukup RM1

"Dapatlah dekat dia RM75 dengan berat 0.22 gram. Dia senyum lebar... tak lekang dari mulut ucapan 'terima kasih, Alhamdulillah'. Lepas tu dia pun balik.

"Lepas dia balik, staf keluar pergi kedai dekat depan. Terjumpa kakak tadi. Betul dia beli susu dengan roti.

"Kita rasa susah, tapi ada lagi yang lagi susah. Semoga dipermudah segala urusan kakak tadi," kongsinya lagi.

Pernah lalui. Malu yang amat staf kedai emas melirik mata kita jual sebelah anting-anting. Terdesak sangat waktu tu.

NETIZEN

Perkongsiannya sehingga kini meraih lebih 111,000 jumlah tontonan selain dibanjiri ratusan komen warga maya.

Selain terkesan dengan kisah wanita tersebut, ramai yang turut berkongsi cerita masing-masing yang pernah melalui situasi sama.

KOMEN EMAS

Netizen turut berkongsi kisah yang hampir sama.

"Pernah lalui. Malu yang amat staf kedai emas melirik mata kita jual sebelah anting-anting. Terdesak sangat waktu tu. Sebelah lagi simpan sebab sayang.

"Cincin tunang, rantai nikah... nangis tersedu-sedu masa jual. Suami tak bagi jual tapi nak beli lampin pakai buang dan susu anak pun tak lepas.

"Betul sangat... Even ring hujung gelang pun sangat bernilai. Simpanlah sangat berguna di kala terdesak. Benda paling bermanfaat untuk disimpan walaupun sekecil-kecil emas," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain