UMPAMA lagu Pelamin Anganku Musnah nyanyian Azie. Begitulah nasib dialami seorang wanita apabila hasratnya untuk melangsungkan perkahwinan tidak kesampaian. Berat ujian yang menimpa, namun wanita itu terpaksa akur ikatan tali pertunangan putus disebabkan orang ketiga. "Saya baru putus tunang. Bekas tunang saya curang dengan janda anak satu. "Mereka baru kenal sehari, terus ada hubungan dan bersama senyap-senyap di rumah famili perempuan tersebut," katanya menerusi satu hantaran di Facebook. Setiap wanita mahu kebahagiaan dalam rumah tangga. -Gambar hiasan Tanpa meluahkan perasaan sedih, sebaliknya wanita itu menjelaskan bahawa bekas tunangnya itu bakal melangsungkan pernikahan dengan janda berkenaan. Walau bagaimanapun, kehidupannya masih diganggu meskipun lelaki itu bakal bergelar suami orang lain gara-gara duit. "Mereka pun dah nak berkahwin. Isunya sekarang, bekas tunang selalu minta duit dan suruh pulangkan barang-barang seperti dulang hantaran (hadiah hantaran) masa tunang hari tu. "Ikutkan dia tak boleh minta apa-apa, cincin pun sepatutnya hak saya sebab dia yang buat hal. Duit sebanyak RM900 sudah bagi pada dia," ujarnya tanpa mendedahkan jumlah hantaran yang disediakan pihak lelaki ketika majlis pertunangan sebelum ini. ARTIKEL BERKAITAN: Janda jatuh hati dengan duda 10 tahun lebih muda, tapi dilema nak nikah! Orangnya jenis dengar kata cuma baran, gaji kecil ARTIKEL BERKAITAN: Tiada duit nak kahwin, wanita terkejut tunang minta tanggung kos dulu... Beri alasan rezeki biasanya bertambah lepas nikah Namun, apa yang dikesalkannya adalah bebanan yang terpaksa ditanggung sendiri untuk menghadap bekas tunang yang menyakitkan hati. Lebih menyedihkan apabila keluarga sendiri enggan mencampuri urusannya dengan lelaki itu. Sekarang dah nampak perangai lelaki tu, bersyukur je la dah putus. WARGA MAYA "Macam mana ya? Saya selesaikan semua benda sendiri. Famili tak nak masuk campur. Yang pihak lelaki, famili dia semua masuk campur. Saya pula seorang. "Benda ni dah melibatkan kes polis sebab duit tu. Tapi polis tak boleh buat apa-apa sebab bekas tunang berkeras nak duit. Saya buntu sangat-sangat," katanya lagi. Wanita mencari ketenangan jiwa. -Gambar hiasan Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan simpati terhadap wanita itu yang terpaksa melupakan impian perkahwinan yang dirancang. Pada masa sama, segelintir mereka mencadangkan supaya dia membuat laporan polis termasuk mendapatkan bantuan keluarga sekiranya keselamatan terancam. "Famili awak kena juga tolong apa yang patut. Nanti apa-apa terjadi kan susah. Tak nak pening kepala, pulangkan je barang yang dibeli bekas tunang tu. Mana yang guna duit dia, pulangkan balik. Kalau tak, sampai ke sudah akan diganggu. "Cincin perlu beri semula sebab cincin tu tanda untuk perkahwinan. Perkahwinan dibatalkan, cincin perlu dipulangkan. "Sekarang dah nampak perangai lelaki tu, bersyukur je la dah putus. Buat laporan polis kalau dia terus ugut. "Awak kena bertegas. Kalau dia nak tuntut, dia boleh tuntut melalui mahkamah biar hakim tentukan berhak dapat semula pemberian dia, sebab dia yang buat hal atau putuskan pertunangan," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube