SEBELUM menuju gerbang perkahwinan, kebanyakan pasangan bercinta akan mengikat tali pertunangan terlebih dahulu. Bagi umat Islam pertunangan digalakkan sebagai suatu fasa untuk bakal pengantin sama-sama bersedia secara mental, fizikal dan emosi untuk membina rumah tangga. Kebiasaannya, dalam tempoh pertunangan, banyak ujian akan dihadapi sama ada dari aspek kewangan, sikap pasangan, penerimaan ahli keluarga dan sebagainya. Justeru, tidak hairanlah jika banyak pasangan terkandas di fasa pertunangan dan tidak berjaya meneruskan hubungan sebagai suami isteri. Ikatan pertunangan antara lain bertujuan untuk mengenali hati budi pasangan. -Gambar hiasan Situasi sama turut dialami oleh seorang pemuda berusia 27 tahun yang hajatnya untuk berkahwin tidak kesampaian walau sudah dua kali mencuba. Bekerja dalam bidang beruniform, lelaki itu memuat naik gambar dua bentuk cincin yang dibeli untuk majlis pertunangan tetapi acara itu tidak menjadi kenyataan. “Hi nak tanya, biasanya kalau cincin ni kita jual atau gadai lebih baik? ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih tak suka orang Kelantan, pemuda tawar cincin ‘free’ gara-gara bertunang tak jadi ARTIKEL BERKAITAN: Dapat petunjuk istikharah, pemuda reda tunang minta putus seminggu sebelum raya... Tak jadi fitting baju, cincin dipulangkan “Ini cincin set kedua selepas dua kali cubaan untuk bertunang dan berkahwin gagal. Pertama putus tunang dan pihak perempuan tidak pulangkan cincin. “Ini pula kali kedua cubaan bertunang tapi tak jadi dan cincin ada pada saya. Jadi saya tak tahu apa patut saya buat?” luahnya kecewa. Pemuda ini turut berkongsi foto resit pembelian cincin jenis batu dan belah rotan itu yang dibeli Januari lalu dan putus dengan bekas kekasih sekitar April. “Jika saya jual, adakah harga cincin ini akan jatuh kerana campuran batu yang ada? Hi nak tanya, biasanya kalau cincin ni kita jual atau gadai lebih baik? PEMUDA PUTUS TUNANG “Saya ingin jual, tapi saya juga segan nak ke kedai dan malu nak beritahu punca saya terpaksa jual kedua-dua cincin ini,” kongsi individu ini. Dalam perkongsiannya, individu ini turut berkongsi video seseorang, dipercayai dirinya sedang bermain alat muzik keyboard dengan lagu sedih. Dia mengaku sedih dengan nasib diri yang dianggap sangat malang kerana dua kali berdepan masalah di fasa pertunangan. “Saya tahu saya memang malang dan saya terima diri ini yang malang. Di sini, saya selitkan juga lagu sendu untuk saya,” katanya. Setiap pasangan bercinta ingin melangkah ke alam perkahwinan. -Gambar hiasan Persoalan lelaki ini mendapat pelbagai reaksi warga maya dan ramai yang menyarankan supaya dia menyimpan terlebih dahulu cincin itu. Tidak kurangnya, ada juga yang menyarankan agar wang hasil jualan cincin disedekahkan kepada anak yatim. Ada juga yang memberi kata semangat dan mendoakan agar pemuda ini bertemu dengan jodoh yang baik. “Cincin batu kalau jual jatuh harga sebab tukang akan ambil berat emas sahaja tak kira berat campur dengan batu. “Simpan dulu. Nanti ada pasangan baharu, jual dan beli lain. Mana tahu dapat harga tinggi satu hari nanti. “Sabar, rezeki jodoh Allah dah susun elok. Doa usaha dan tawakal. “Beri saja pada tahfiz atau rumah anak yatim. Mana tahu ada berkat di situ,” antara komen warganet. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube