suria

Anak gagal dapat lesen, bapa kata ujian titi sempit ‘bodoh’! Tak pernah lalu walau dah 30 tahun tunggang motosikal

Ujian untuk mendapatkan lesen motor bertujuan memastikan seseorang itu sah menunggang motosikal di jalan raya. -Gambar hiasan

TIDAK hanya lesen kereta, ketika ini keperluan mengambil lesen motosikal juga penting sama ada bagi golongan lelaki mahupun wanita.

Zaman sekarang, motosikal merupakan salah satu pengangkutan popular terutama di kawasan bandar, yang mana ia dapat menjimatkan masa lebih-lebih lagi ketika kesesakan lalu lintas.

Justeru ujian untuk mendapatkan lesen motor adalah satu keperluan yang tidak hanya bertujuan untuk memastikan seseorang itu sah menunggang motosikal, tetapi juga untuk memastikan keselamatan dirinya sendiri dan penunggang lain di jalan raya.

Namun begitu, ada segelintir individu yang memperkecilkan kepentingan ujian tersebut dan menganggapnya sebagai satu prosedur yang membebankan.

Dalam satu hantaran di laman X, seorang pelayar terpanggil untuk membuat teguran susulan tindakan seorang individu mempersoalkan kewajaran salah satu ujian untuk mengambil lesen motor iaitu ujian menunggang di atas titi.

lesen 1

Hantaran individu berkenaan mengenai ujian menunggang motosikal di atas titi mengundang kecaman ramai.

"Susah kalau kita anggap semua benda gomen (kerajaan) buat ni sampah.

"Keupayaan mengimbangi motosikal anda pada kelajuan rendah adalah penting.

"Mungkin anda fikir semua ujian ini adalah kelakar?," tulis pelayar tersebut sebagai maklum balas terhadap perkongsian individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik buat silap, gadis ini sering menangis tiap kali ke kelas memandu... ‘kemuncak’ ketakutan nyaris langgar cikgu - “Mungkin sebab perut kosong”

ARTIKEL BERKAITAN: Ujian memandu je tapi diberi jolokan bukit paling seram! - “Dari jauh nampak rendah bila di atas macam kat puncak Everest”

Terdahulu dalam satu posting di Facebook, individu berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati berikutan anak gadisnya gagal dalam ujian menunggang di atas titi.

"Okay, jadi, anak perempuan saya telah mengambil ujian lesen motosikalnya semalam. Dia gagal. Dia jatuh ketika melakukan ujian menunggang atas titi sempit.

"Saya memberitahu dia itu ujian bodoh pun. Selama lebih 30 tahun yang lalu, saya telah menunggang motosikal dengan pelbagai kapasiti (sehingga hari ini), saya masih belum jumpa keperluan situasi di mana saya terpaksa menunggang motosikal melintasi titi yang sempit.

"Semoga dia dapat melakukan yang lebih baik semasa ujian semula bulan depan," tulisnya.

Bila dia buat masa ambil lesen dulu tak rasa bodoh pon. Datang dekat anak dia buat fail, terus rasa test tu bodoh.

NETIZEN

Hantaran individu tersebut ternyata mengundang kecaman warga maya di laman Facebook dan juga X.

Rata-ratanya menyifatkan ujian tersebut sangat relevan terutamanya untuk mengimbangi motosikal walaupun tidak melalui titi sempit dalam situasi sebenar.

komen lesen

Sebahagian daripada komen warga maya yang mengecam individu berkenaan.

"Ujian titi ni pastikan motor kekal bergerak dengan perlahan dan jaga tayar depan supaya motor kekal bergerak lurus.

"Bila dia buat masa ambil lesen dulu tak rasa bodoh pon. Datang dekat anak dia buat fail, terus rasa test tu bodoh.

"Eloklah tak lulus. Kalau tak nanti anak dia langgar side mirror kereta orang masa menyelit dekat traffic light sebab tak pandai balance (imbangi) motor," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain