suria

Doktor janda 2 anak cari calon suami, tak kisah bujang atau duda janji sekufu... Titip nasihat buat budak hingusan komen negatif

Seorang doktor wanita mencari calon suami sekufu. -Gambar hiasan

DIGUNAKAN secara meluas atas pelbagai tujuan, media sosial kini bukan sekadar medium menyebar maklumat tetapi turut digunakan untuk mencari jodoh.

Individu yang mencari pasangan hidup boleh menyatakan ciri-ciri yang dikehendaki secara ringkas sebelum mereka yang berminat akan memberikan maklum balas serta memulakan langkah pertama perkenalan..

Kaedah ini pada awalnya dilihat janggal dan menggambarkan tindakan terdesak, namun kini menjadi amalan biasa untuk individu bujang, duda atau janda.

Cari calon suami yang sekufu walaupun pada dasarnya ia tidak termasuk dalam rukun pernikahan. Gambar hiasan

Sebaiknya cari calon suami yang sekufu walaupun tidak termasuk dalam rukun pernikahan. -Gambar hiasan

Seperti perkongsian seorang doktor yang berstatus janda ini, dia secara terang-terangan mengakui dirinya sedang mencari pasangan hidup dengan meletakkan kriteria calon suami di laman sosial.

Menurut ibu tunggal anak dua itu, dia mencari calon pasangan yang juga seorang doktor, tetapi tidak kisah sama ada berstatus bujang atau duda.

“Saya mencari suami. Saya ada ibu tunggal beranak dua. Saya pernah ada CVA ((cerebral vasscular accident) pada 2015.

“Buat masa ini, ADL (activity of daily living), bekerja dan memandu sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Janda berharta kahwin duda... Tak sangka suami rupanya biawak hidup, suka pukul anak! Susah nak tinggal sebab sayang

ARTIKEL BERKAITAN: Setuju nikah janda, rupanya ‘pakej’ ibu tunggal anak 2! Lelaki bawa diri ke luar negara, sakit ditipu hidup-hidup

“Saya mencari doktor sebagai pasangan hidup dan boleh tinggal di Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah,” tulisnya di laman Thread.

Dalam perkongsian seterusnya, doktor ini berkata posting terdahulu yang dimuat naik itu mendapat 80,000 ribu tontonan dan satu maklum balas negatif.

Dia bagaimanapun tidak melatah atau berkecil hati sambil menasihatkan pemberi maklum balas itu tidak melalui nasib sepertinya apabila meningkat dewasa.

“Satu komen negatif diterima. Budak tu kata saya 'mendonia'. Saya tidak berkecil hati tapi dia (pemberi maklum balas) tak tahu perlunya sekufu.

Saya mencari doktor sebagai pasangan hidup dan boleh tinggal di Malaysia.

DOKTOR JANDA

“Kalau saya tolak sekufu ni, banyak isu boleh jadi selepas berkahwin baharu. Adik (pemberi maklum balas) nanti awak dewasa jangan jadi macam akak ya,” tulisnya.

Apa yang pasti perkongsiannya itu mendapat sambutan memberangsangkan dengan ramai pelayar mencuba nasib dengan memperkenalkan diri di ruangan komen.

Tidak kurang juga yang mendoakan doktor itu bertemu dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri seperti mana diingini.

“Bapa tunggal dengan anak 15 tahun. Operator vendor gerai menjual Penang Char Kuey Tiaw Banjir di Kuching, Sarawak.

Pemilihan pasangan yang serasi boleh menjamin kebahagiaan rumah tangga bahkan mengurangkan risiko perceraian.

Pasangan yang serasi mampu mengurangkan risiko penceraian. -Gambar hiasan

“Mungkin boleh cuba orang IT, seseorang yang bekerja dari rumah. Kalau dua-dua sibuk kena kerja luar, macam susah. Lain bidang banyak benda boleh borak.

“Sis, saya ibu tunggal dan juga seorang doktor. Bekas suami juga doktor. Kini saya berkahwin dengan cef, lagi banyak benda borak dan kongsi. Cuba cari selain doktor.

“Kalau dengan cikgu nak tak? Sekarang saya mengajar di Kota Kinabalu, Sabah bersama dua anak perempuan. Boleh berkawan dengan anak-anak awak.

“Wah ramai doktor nak cari pasangan. Nanti anak saya dah besar saya suruh dia kahwin dengan doktor,” antara komen warganet.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain