HATI isteri mana yang tidak sakit apabila mengetahui suami ada menyimpan rahsia berkaitan kehidupannya masa lalu. Namun, paling menyakitkan apabila mendapat tahu perkara yang disembunyikan suami mempunyai kaitan dengan kekasih lama. "Sakitnya jadi stalker. My partner, password FB guna some random words dan empat digit nombor... dan nombor tu 03XX. "I tanya dia, apa maksud nombor tu. Dia cakap dia hanya suka nombor tu. "Jadi I pun okay la. Tapi I ni pula memang suka stalk orang dan I mengaku buat macam tu," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial. Telefon dijadikan sebagai medium untuk aktif di laman sosial. -Gambar hiasan Sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu, dia seperti biasa mengintai kehidupan orang lain menerusi laman sosial. Dan salah seorang daripadanya adalah bekas teman wanita suami, namun dia menemukan sesuatu yang tidak disangka-sangka. "Suatu hari, I stalk Instagram ex dia. Dan cuba teka apa? Nombor password tu adalan tarikh hari lahir ex dia," ujarnya terkilan. ARTIKEL BERKAITAN: Hari jadi bini sendiri lupa, birthday kekasih lama gigih ucap walau terlewat! Sia-sia isteri padam nombor di handphone, rupanya suami hafal ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup berhutang demi kereta baharu BF, bayar balik tak habis-habis... Wanita akhirnya mengaku bodoh, terus minta putus Tidak pasti sama ada penemuan itu hanya satu kebetulan atau sebaliknya, apa yang pasti kata laluan suaminya itu sama dengan hari istimewa bekas kekasih. Mengakui sedih dengan apa yang berlaku, dia bagaimanapun memikirkan usia perkahwinannya selama tiga tahun. Lelaki ada jenis begitu, malas nak tukar password. WARGA MAYA "Kalau orang penat nak bersaing dengan orang lain, aku lagi penat nak bersaing dengan masa lalu dia. "Orang yang dah tak wujud dalam hidup dia, tiga tahun macam tak ada apa-apa nilai bagi dia," ujarnya. Mengulas lanjut, katanya, dia mendapat tahu bekas kekasih suaminya yang merupakan seorang pramugari itu bersikap curang sekali gus menjadi punca perpisahan mereka. Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan "Dia kena tinggal sebab perempuan tu curang. Dia sanggup pinjam Ah Long sebab nak bagi perempuan tu sambung belajar," katanya lagi. Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan pandangan masing-masing tanpa menyebelahi mana-mana pihak. "Yang rajin pergi stalk untuk apa? Kan sakit hati seorang diri. "You ada periksa tak bila dia buat FB ni? Sebelum dengan you atau semasa dengan you? Kalau sebelum tu, maksudnya dia tak tukar je passwordnya. Kita jadi perempuan tolong jangan fikir bukan-bukan. "Lelaki ada jenis begitu, malas nak tukar password. Rasa password tu hanya password je pun. "Sekarang dia dengan you kan? Maknanya dia pilih you. Lelaki ni kalau sayang, dia stay. Jangan hanya kerana satu salah faham, you terus rasa tiga tahun is nothing," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube