suria

Peniaga rancang plot cekup pelanggan setia, tiap hari datang makan tapi tak pernah bayar! Dah kantoi tetap menipu

Berdepan dengan pelbagai karenah pelanggan adalah lumrah yang perlu dihadapi peniaga kedai makan. -Gambar hiasan

BERDEPAN dengan kerenah pelanggan yang bermacam ragam sememangnya merupakan antara cabaran buat para peniaga.

Dalam satu perkongsian di TikTok, seorang pekerja kedai makan berkongsi kisah seorang pelanggan yang licik menipu dengan menjamu selera secara percuma namun akhirnya 'terkantoi'.

Menurut individu berkenaan, pelanggan tersebut merupakan antara pelanggan tetap di kedai makannya.

"Selama ni rupanya dia datang makan dekat kedai, dia tak pernah bayar. Oh senang hidup kau dik.

"Itulah orang kata, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Hari tu Allah nak tunjuk. Entah macam manalah, saya boleh tertanya dekat bos. 'Bos, budak ni makan pernah kira dengan bos tak?'

"Bos kata 'tak pernah'. Dengan saya pun tak pernah. Sebab customer yang makan dekat kedai kitaorang mesti akan bayar dekat kaunter. Sama ada kira dekat meja atau terus kira dekat kaunter dengan bos," kongsinya yang merupakan peniaga nasi berlauk di ibu negara.

licik 1

Kisah yang dikongsikan wanita ini mengenai seorang pelanggannya meraih lebih 1.4 juta jumlah tontonan.

Disebabkan curiga, maka peniaga tersebut merancang untuk memerangkap pelanggan tersebut pada keesokan hari bersama beberapa pekerja yang lain.

"Esok dia datang, duduk dekat meja. Datang seorang tukang kira ni dekat meja dia nak kira harga makanan. Dia jawab 'saya dah bayar dekat kaunter'. Staf pun beritahu saya.

"Saya pergi dekat dia dan cakap 'dik, makanan belum kira kan?'. Dia beritahu dah kira dengan seorang akak pakai cermin mata tu. Saya panggil akak tu, akak tu jawab 'mana ada kira dengan saya'," ceritanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Meluat dengan makcik masuk kedai suka cakap lepas, serba tak kena! Rupanya ada sebab pelanggan mahu dilayan bak raja

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap jadi orang terawal datang kedai, order air paling murah tapi bayar guna duit RM100! Ramai syak ada muslihat

Menurut peniaga itu, wajah pelanggan berkenaan serta merta berubah dan dia mengubah jawapan selepas menyedari dia sudah terkantoi.

Tambah peniaga tersebut, pelanggan berkenaan dalam keadaan gelabah membuka aplikasi bank dan berpura-pura untuk membayar harga makanannya secara dalam talian.

Isu di sini bukan peniaga berkira tapi pelanggan menipu makan tak bayar setiap hari.

NETIZEN

"Saya intai dan nampak baki ada RM5 je. Scan tak lepas dan dia beritahu duit dia kena curi.

"Saya dengan jahatnya angkat handphone dia dan cakap 'mana ada duit kena curi dik. Dik, kalau tak ada duit nak makan, cakap je. Jangan tipu macam ni, curi macam ni. Dah berapa kali buat macam ni'.

"Aduhai, sihat walafiat kudrat elok... tak tahu kenapa macam ni. Tak sangka, mukanya baik je," luah peniaga tersebut lagi.

Perkongsian videonya menjadi tular dengan meraih 1.4 juta jumlah tontonan.

komen licik

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Di ruangan komen, warga maya memberikan pebagai reaksi dengan ada antara mereka yang menyifatkan peniaga tersebut terlalu berkira.

Namun bagi sesetengah netizen, perbuatan menipu pelanggan berkenaan wajar ditegur kerana ia secara tidak langsung berkait dengan hukum.

"Isu di sini bukan peniaga berkira tapi pelanggan menipu makan tak bayar setiap hari. Kalau betul dia jujur, beritahu peniaga tak ada duit nak makan.

"Jadi darah daging ya makanan yang tak halal ni. Saya pernah terlupa, terus berlari balik ke kedai tu untuk bayar.

"Ini bukan pasal sedekah atau halalkan. Ini pasal menipu dan tak jujur," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain