MENJALANI kehidupan pada masa kini, segala-galanya memerlukan wang justeru setiap individu perlu bekerja untuk dibayar gaji. Namun, masih ada manusia sekadar mahu goyang kaki tanpa keluar bekerja, malah sanggup menjadi 'biawak hidup' dalam keluarga. Di platform X, seorang pemuda meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisah adiknya yang tidak mahu bekerja. Individu dewasa sepatutnya bekerja untuk menyara kehidupan diri dan keluarga. -Gambar hiasan Lebih mengejutkan, dia berkata adik perempuannya itu sudah berusia 32 tahun. "Adik aku perempuan umur 32 tahun. Tak kerja sebab dia cakap perempuan tak wajib kerja.. "Kami anak yatim piatu. Jadi dia memang tanggungjawab aku," luah pemuda itu dalam satu perkongsian. Aku sebagai abang sulung struggle hidup gaji kecil. Aku tak mampu nak bayar. PENGADU Menurut pengadu, dia menjadi ketua keluarga selepas kematian kedua-dua orang tuanya sehingga terpaksa menanggung perbelanjaan adik-beradik yang lain. Namun, pengadu kini berdepan kesukaran untuk terus menanggung keluarga memandangkan dia menerima gaji yang rendah. "Kami empat beradik memang duduk serumah. Sewa rumah, duit makan aku bagi. Tapi aku sakit hati dia joli beli macam-macam, lepas tu hantar resit minta claim. ARTIKEL BERKAITAN: Suami selesa menganggur, kuat membuta! Cuma mahu ‘kerja’ hantar anak ke sekolah, bini ke pejabat - “Dia bangun hanya untuk makan” ARTIKEL BERKAITAN: Dua rakan pemalas, kaki ponteng... Wanita malu warga asing lebih hargai kerja - “Mereka pelik sekejap ada, tak ada” "Aku sebagai abang sulung struggle hidup gaji kecil. Aku tak mampu nak bayar. Dah la dia tak tanya dulu sebelum belanja tu. "Soalan aku, wajib ke bayar benda dia joli tu? Dia kata aku wajib tanggung sebab aku abang sulung," luahnya lagi. Di ruangan komen, ramai netizen menyelar sikap adik perempuannya yang disifatkan tidak sedar diri dan menyusahkan keluarga. Malah, ramai yang turut memberi saranan kepada pengadu agar dia tidak lagi menanggung adik perempuannya. Soal wang dan harta boleh menjadi punca pergaduhan adik beradik. -Gambar hiasan "32 tu dah level biawak. Kau bagi je dia kahwin. Kalau tak nak kahwin, hantar ke rumah anak yatim. Tak guna punya adik. "Tak wajib. Cukup sedar makan, pakai dan tempat tinggal. Joli-joli tu ehsan kau sahaja. "Bodoh apa umur 32 pemalas macam biawak? Kesian abang dan bakal suami dia. "Kau hambat adik kau keluar rumah dengan penyapu lidi. Suruh dia merempat mana-mana," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube