KETIKA menghadiri sesebuah majlis seperti perkahwinan, pelbagai ragam dan gelagat tetamu yang diundang bagi meraikan raja sehari dapat kita lihat. Namun apa yang tidak sedap mata memandang apabila ada segelintir tetamu yang bersikap mementingkan diri sehingga mewujudkan rasa kurang senang dalam kalangan jemputan lain. Seorang wanita menceritakan tentang pengalamannya memenuhi jemputan ke sebuah majlis perkahwinan di Negeri Sembilan. "Kakak dan aku masing-masing bawa dua anak kecil, kami tak bawa suami. Mujur ada kawan dia (kakak) tolong pandu kereta. "Ketika di rumah kenduri, aku nak pergi ambil nasi sambil dukung anak yang kedua berusia 10 bulan. Agak struggle sebab sebelah tangan je. "Kami beratur untuk ambil nasi sehingga sampai giliran aku. Tiba-tiba je datang seorang pakcik ni dari belakang aku, terus potong ke depan aku macam marah-marah," katanya menerusi hantaran di laman sosial. Pelbagai juadah yang disediakan di majlis perkahwinan. -Gambar hiasan Bercerita lanjut mengenai insiden di meja bufet, wanita tersebut berkata lelaki tadi dengan selamba menghulurkan pinggan sambil menyuruhnya menyendukkan nasi. "Dalam hati ni macam nak marah... ye la tak nampak ke aku dengan anak kecil ni. Payah kot, patutnya dia la tolong aku. Bukan tua sangat pun, usia 50an macam tu," ujarnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu kenduri pelahap! Pengusaha ‘dessert table’ terkejut diserbu sebelum sempat susun... Siap cekau makanan dalam kotak ARTIKEL BERKAITAN: Saudara tuan rumah terkilan kena jamu selera atas lantai dewan... Tetamu di meja rancak borak, tak mahu bangun lepas makan Tanpa membantah, wanita itu akur mencedok nasi ke dalam pinggan yang dipegang lelaki tersebut. "Aku hanya tunggu dia cakap dah cukup, baru aku berhenti cedok. Ini tidak, dia buat tak tahu lepas tu siap gerak-gerakkan pinggan dia tu macam nak lagi. "Sampai membukit nasi tu penuh dalam pinggan. Aku dah penat ni cedok untuk dia, dengan berdukung anak lagi," katanya sambil menambah orang ramai yang sedang beratur hanya menyaksikan gelagatnya mencedok nasi. Sebenarnya kita memang kena sentiasa bersangka baik kan... pelajaran tu. WARGA MAYA Seperti sudah tidak tahan, wanita itu kemudiannya memberanikan diri bersuara dengan menyoal lelaki terbabit. "Aku tanya dia... cukup tak pakcik, banyak dah ni? Dia pun tiba-tiba je cakap... eh ni untuk awak, saya tolong pegang je pinggan ni. "Terus aku macam... Allah pakcik, kenapa tak cakap? Diam je tengok saya cedok nasi macam 10 orang nak makan ni. "Orang lain terus menyampuk... ekau pon sonyap jo (engkau pun senyap je). Lain kali cakap la. Mano dio nak tahu (mana dia nak tahu)," ujarnya mengimbas kembali momen di kenduri tersebut. Mengetahui nasi yang dicedoknya tadi adalah untuk dirinya sendiri, dia kemudian meletakkan semula sebahagiannya ke dalam bekas. Tidak lengkap menikmati hidangan berlauk tanpa nasi. -Gambar hiasan "Kami semua pun gelak je ramai-ramai kat situ. Kelakar pula sebab dia kata dia pun terkejut ingat aku nak makan banyak macam tu. "Saya tak tahu pakcik nak tolong saya. Lain kali cakap pakcik. Masa nak balik tu nampak dia makan kuih kat hujung penjuru. "Aku senyum, kemudian dia pun senyum. Kira kosong-kosong la pakcik," katanya yang pada mulanya bersangka buruk terhadap lelaki itu. Perkongsiannya menarik perhatian ramai dengan rata-rata warga maya menjadikannya sebagai pengajaran agar masyarakat sentiasa bersangka baik terhadap orang lain. "Alhamdulillah, ramai lagi kat Malaysia ni berhati baik. Mungkin sebab kita terbiasa disajikan dengan cerita yang tidak menyenangkan, maka kita pun skeptikal dengan orang sekeliling. "Sebenarnya kita memang kena sentiasa bersangka baik kan... pelajaran tu. "Ala plot twist rupanya. Moga ramai orang rajin tolong pakcik tu masa dia tak larat nanti. Baik sangat pakcik tu pun. "Alamak, so sweet pakcik tu. Sifat ayah-ayah kan? Kadang cara dia prihatin tu dari segi perbuatan. Semoga pakcik tu dirahmati Allah SWT selalu," komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube