BERAT badan wanita yang sudah melahirkan bayi kebiasaannya akan meningkat secara semula jadi disebabkan perubahan hormon. Ada dalam kalangan ibu bersungguh-sungguh untuk kembali langsing seperti zaman anak dara dengan mengamalkan pelbagai diet dan ada juga tidak kisah dengan berat mereka yang semakin meningkat. Seorang doktor tidak terkecuali berdepan masalah ini justeru dia dipaksa menurunkan berat badan oleh anak lelakinya, Adam yang berusia tujuh tahun dengan mengikut jadual senaman yang disediakan. Seorang kanak-kanak menyediakan jadual senaman untuk ibunya. -Foto Threads "Tahun lepas, anak lelaki aku tengok gambar aku zaman muda mudi dulu. Zaman lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), BMI (Indeks Jisim Tubuh) masih seperti kerengga. "Tiba-tiba dia cakap, mama saya minta maaf. Aku tanya la terus kenapa minta maaf dan dia kata aku jadi gemuk disebabkan melahirkan dia," kongsi wanita berkenaan di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gempal berjaya kurus lepas dihina, puas hati kini penghina pula stres sebab gemuk - "Badan dia makin kepam, mengembang" ARTIKEL BERKAITAN: Gadis gemuk dilayan bak puteri lepas buat akaun Dark Side, mula jatuh cinta dengan ‘Awang Hitam’ - “Dipuji cantik, memang taste dia” Wanita itu berkata, dia menyangka 'isu' itu akan selesai begitu sahaja, namun minggu berikutnya dia diberikan nasihat menusuk kalbu oleh Adam apabila menyatakan hasrat untuk minum Tealive. "Mama, mama tak boleh minum air manis macam tu, mama tak rindu ke nak jadi lebih sihat dan kurus balik macam zaman muda-muda dulu? "Mulai sekarang, mama kena banyak minum air kosong. Kalau mama teringin sikit nak makan keropok jajan, boleh ambil tiga keping. Kalau teringin banyak, boleh ambil sembilan keping. "Lepas tu, lepas senaman, jangan asyik scroll gambar makanan kat telefon. Nanti mama teringin nak makan banyak-banyak. Lepas tu bila timbang berat, asyik tanya kenapa berat tak turun-turun," kongsi wanita itu berhubung nasihat yang diberikan anaknya. Wanita itu berkata, 'bebelan' anaknya itu termasuklah meminta supaya dia tidur lebih awal kerana tidur lambat boleh menyebabkan seseorang itu lebih mudah menjadi gemuk. Mama tak rindu ke nak jadi lebih sihat dan kurus balik macam zaman muda-muda dulu? ANAK "Terkedip-kedip kelopak mata aku dengar dia bebel. Kemudian, aku tengok dia ambil kertas dengan pensil, conteng. Lepas tu tiba-tiba dia bagi aku kertas contengan dia. "Saya dah buat jadual senaman untuk mama. Sabtu dan Ahad je, sebab hari lain mama balik kerja asyik nampak penat je. Lepas senaman, saya nak mama timbang berat, lepas tu catat. Harap-harap badan mama jadi makin sikit (kurus)," wanita itu berkongsi kata-kata anaknya. Senaman dapat menyihatkan tubuh. -Gambar hiasan Jelasnya, berdasarkan jadual yang ditulis anaknya itu terdapat tiga waktu senaman yang perlu diikuti bermula pukul 9.06 pagi, 12.40 tengah hari dan 3 petang dengan senaman merangkumi lari setempat serta lompat satu kaki. "Kalau dekat klinik korang nampak aku lompat satu kaki pukul 3 petang secara tiba-tiba di depan pesakit, mohon jangan kecam. "Kang ketar lutut aku nak jawab kenapa tak ikut formula kurus yang dia bagi ni. Budak umur 7 tahun kalau marah menakutkan ooo," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube