suria

Pasang telinga dengar jiran menggila maki hamun anak umur 5 tahun, berair mata tahu puncanya sebab berak dalam seluar

Pendekatan memaki hamun anak perlu dielak ibu bapa bagi menjaga emosi mereka. -Gambar hiasan

JIRAN adalah individu yang penting peranannya sekiranya kita ditimpa musibah atau kecemasan.

Kadang kala mereka bukan berhasrat untuk menjaga tepi kain orang, sebaliknya mahu memastikan tetangga mereka berada dalam keadaan harmoni.

Bagi seorang wanita, dia berasa terkilan dengan sikap jirannya yang gemar menyumpah seranah anak-anak disebabkan hal-hal yang dianggap remeh.

Elak daripada menggunakan kekerasan kepada anak-anak sebagai hukuman. -Gambar hiasan

Elak menggunakan cara kasar dalam mendidik anak. -Gambar hiasan

"Bangun pagi-pagi emosi betul, bukan nak menyibuk hal orang tetapi jiran belakang rumah ni aku rasa dia gila. Bangun pagi dengar jerit-jerit. Aku buka la pintu belakang nak dengar benda apa yang kecoh sangat.

"Jiran belakang aku ni marah anak dia lima tahun terberak dalam seluar. Sumpah dia meroyan macam orang gila. Macam tak ada iman dia marah anak. Aku sampai terasa dalam hati dengan setiap perkataan caci maki kat anak dia," luah wanita itu di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terus nak angkat tangan kalau anak buat hal... Ibu bapa boleh cuba teknik ‘time-out’ hukum si kecil

ARTIKEL BERKAITAN: “Maafkan ibu bawa awak teman” - Wanita menyesal bawa anak ke masjid, ada makcik maki sampai menangis

Wanita itu berkata, apa yang berlaku itu membuatkan hatinya terdetik kenapa ada ibu yang bersikap sedemikian sekali gus membuatkan dia berasa sangat bersimpati dengan kanak-kanak tersebut.

"Dia maki hamun anak dia macam anak dia tak ada perasaan. Walaupun baru lima tahun tapi dia dah boleh faham. Sumpah berair mata aku dengar caci maki mak dia. Aku tak sangka dalam dunia ni ada mak sekejam tu.

"Aku sebagai mak, rasa sakit hati. Walaupun kau marah tapi jangan la melampau sangat sampai maki hamun budak yang tak berdosa tu. Dia tak sengaja kot," katanya.

Percaya la bila anak dah tidur mesti terkenang-kenang dan minta maaf kat anak sambil mengalir air mata.

NETIZEN

Dia turut berkongsi kata-kata ibu terhahap anaknya itu antaranya 'apa kau bodoh sangat berak merata macam ni', 'adik kau umur tiga tahun pun reti cakap kalau nak berak' dan pelbagai lagi makian.

"Kau rasa melampau tak cara marah anak keluar perkataan tu semua? Bagi aku melampau sangat. Selama aku duduk rumah tu, biasa la dengar marah-marah anak. Tapi ni pertama kali aku dengar dia naik setan sampai macam tu sekali.

"Marah macam mana sekali pun jangan la sampai keluar ayat-ayat yang tak baik dekat anak. Anak sendiri kot tu, sedih la aku," katanya.

Reaksi warga maya.

Reaksi warga maya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya dengan ada yang beranggapan ibu terbabit terlalu penat dan pastinya menyesal selepas menghamburkan makian.

"Kadang-kadang dia tak sengaja, terlalu letih emosinya tapi percayala bila anak dah tidur mesti dia terkenang-kenang apa dia cakap dan minta maaf kat anak sambil mengalir air mata.

"Biasa mak yang marah-marah ni sebenarnye tengah stres sakit hati dengan suami atau hal sekeliling. Jadi dia hamburkan pada anak. Memang tak patut marah anak sampai macam tu," kata beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain