suria

Gadis akui lelaki dalam Ipar Adalah Maut memang wujud! Suami kakak ‘baik di mata ahli keluarga’ berani pegang pinggang, luah perasaan

Hubungan kekeluargaan renggang gara-gara seorang lelaki cuba menggoda adik ipar. -Gambar hiasan

KATA orang apabila kita berkahwin dengan seseorang bermakna kita juga 'berkahwin' dengan seluruh ahli keluarganya termasuklah mak ayah, adik beradik serta ipar.

Walaupun ramai menganggap ipar seperti adik beradik sendiri, ramai terlupa ada batasan yang perlu dijaga kerana dikhuatiri boleh mengundang maksiat seterusnya merosakkan hubungan sesama ahli keluarga.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap abang iparnya yang didakwa bukan sahaja meluahkan perasaan, malah turut berani menyentuh dirinya.

Dia terpanggil untuk mendedahkan pengalamannya susulan filem Ipar Adalah Maut menjadi fenomena dan kisah bernar tersebut dikatakan mempunyai persamaan dengan apa yang pernah dilaluinya bersama abang ipar.

Hubungan kekeluargaan retak apabila ada yang berlaku curang. - Gambar hiasan

Hubungan kekeluargaan retak apabila ada yang berlaku curang. -Gambar hiasan

"Aku tinggal bersama mak ayah serta kakak dan abang ipar. Aku anggap dia macam abang aku sendiri. Aku anak bongsu, abang-abang lain semua dah tinggal di rumah masing-masing. Jadi di rumah tu hanya ada dia sahaja abang yang ada.

"Ayah aku dah tua dan tak boleh memandu sebab mata tak berapa nampak pada waktu malam, jadi kalau nak ke mana-mana abang ipar akan tawarkan diri untuk hantar, ada masa kakak akan ikut dan ada masanya tidak," luah wanita itu.

Menceritakan lebih lanjut, pada suatu hari dia perlu menghadiri temuduga dan ibunya meminta abang iparnya membantu menghantarnya ke lokasi ditetapkan.

Sebelum bercerita lanjut, dia menggambarkan perangai abang iparnya sama 'sebiji' dengan lelaki curang dalam filem tersebut dengan penampilan baik dan nampak sempurna sehinggakan dia dihormati ahli keluarga lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki minta jaga aurat... Mengaku seksa tengok adik ipar seksi, lebih cun banding isteri - “Bloodline dia memang cita rasa aku”

ARTIKEL BERKAITAN: Jalan sesak tapi cepat sampai tempat kerja, suami jejak isteri guna aplikasi! Sah tumpang abang ipar, kantoi curang

"Ketika dalam perjalanan semua OK, tapi semasa balik dia tanya aku kenapa tiada teman lelaki dan aku cakap tak berminat. Terus dia tanya aku 'minat abang tak?'.

"Aku hanya buat-buat gelak sebab tak nak rasa kekok. Aku dah rasa lain masa tu dan dia tak gelak siap cakap dia serius," katanya.

Wanita itu berkata, abang iparnya kemudian mahu singgah makan sebelum pulang ke rumah namun dia menolak kerana sudah berasa tidak selesa bersama lelaki berkenaan dalam tempoh yang lama.

Keluarga yang dulu bahagia sekarang renggang, sedih. Tapi ini kenyataan, ibu cakap ditelan pahit dibuang sayang.

ADIK IPAR

"Aku cakap kat dia abang pergi la makan, orang duduk dalam kereta. Kemudian dia cakap kat aku dia nak teman aku dalam kereta. Nak teman dalam kereta buat apa gila? Baik turun makan.

"Jadi aku cakap kat dia aku lapar jadi kami makan la kat kedai mamak tu, aku ni makan pun tak lalu, rasa meluat. Dah selesai makan dalam kereta dia cakap dia sunyi tak tahu nak luah kat siapa, aku minta dia luah dekat kakak," katanya.

Katanya, ketika itulah abang ipar memberi alasan si isteri tidak memahami dirinya sebagai suami, sebaliknya memuji dirinya yang dilihat seorang individu yang baik, lemah lembut membuatkan dia lebih tenang apabila bersama berdua.

Wanita itu menceritakan segala perlakuan buruk abang ipar kepada ibu bapa bagi mengelak kejadian tidak diingini. - Gambar hiasan

Seorang wanita menceritakan perlakuan buruk abang ipar kepada ibu bapa bagi mengelak kejadian tidak diingini. -Gambar hiasan

"Panjang sebenarnya cerita ni hinggalah berlaku kejadian pada bulan puasa lepas. Dia dah berani nak pegang pinggang aku jadi bermula dari situ aku pun beritahu mak ayah. Aku tak nak perkara buruk terjadi.

"Bukan itu saja, dia pernah masuk bilik aku senyap-senyap, pegang tangan dan macam-macam lagi. Keputusan aku beritahu mak ayah itu tepat, mereka percaya aku," katanya.

Ditanya mengenai reaksi ibu bapanya, wanita itu berkata kedua-dua mereka tidak mahu membesarkan perkara berkenaan kerana ingin menjaga hati banyak pihak terutama kakaknya.

"Ayah dah tak bercakap dengan abang ipar, tapi ibu masih OK. Dia tak nak rumah tangga kakak ada masalah, ibu masih baik dgn abang ipar. Aku pun tak beritahu kakak tapi kakak tahu sendiri daripada ibu.

"Abang ipar dan kakak dah pindah rumah beberapa bulan lepas. Tak best pun jadi mcm ni. Keluarga yang dulu bahagia sekarang dah makin renggang, sedih. Tapi ini kenyataan, ibu siap cakap ditelan pahit dibuang sayang," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain