SEMUA pengantin perempuan mahu tampil anggun dengan solekan agar wajah lebih berseri ketika menjadi raja sehari. Selain majlis pernikahan dan perkahwinan, kaum wanita turut memberi penekanan terhadap penampilan mereka untuk majlis pertunangan. Bagi memastikan wajah berseri pada hari-hari istimewa ini, mereka sanggup mengeluarkan belanja untuk mendapatkan khidmat jurusolek (MUA) bagi mencantikkan wajah. Walaupun ramai individu menawarkan khidmat ini, tidak semuanya jujur dan bertanggungjawab, seperti mana dialami oleh wanita ini yang mana MUA yang sepatutnya menyolek wajahnya pada hari pertunangan tidak muncul. Kisah mengenai dirinya yang kecewa kerana MUA terbabit didakwa mungkir janji dikongsikan di media sosial oleh adiknya di TikTok. Perkongsian pengguna media sosial ini mencuri tumpuan kerana ada yang mendakwa turut ditipu MUA sama. Menurut perkongsian Cik Bella, kakaknya telah membuat tempahan awal dengan membuat bayaran penuh berjumlah RM130 bagi mendapatkan perkhidmatan MUA yang agak popular di sekitar Pulau Pinang. MUA berkenaan bagaimanapun didakwa membatalkan tempahan 10 minit sebelum majlis pertunangan bermula atas alasan tidak cukup masa untuk melakukan tugas menyolek. “Lagi 10 minit majlis nak mula, MUA tak datang. Majlis bermula 2.30 petang. Janji dengan MUA mula solek pada pukul 1.20 petang. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin diuji sebelum majlis, pukul 11 malam MUA hantar ‘voicenotes’ tak jadi datang - “Kami hubungi, dia matikan telefon” ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga pengantin selamba rembat alat solek MUA, mak-mak siap mekap anak tanpa rasa bersalah “Ketika tunggu MUA, katanya trafik sesak, dalam jam 2 petang sampai . Tunggu lagi, MUA WhatsApp 2.20 petang baru sampai. Sehingga jam 3 petang tak sampai juga,” tulis wanita ini dalam video dikongsikan. Tambahnya lagi, disebabkan individu yang diharapkan untuk mencantikkan wajah kakaknya tidak muncul walaupun majlis bakal bermula, seluruh ahli keluarga mula cemas dan dalam masa sama MUA mula memberikan alasan. Jelasnya, kira-kira pukul 3 petang, MUA terbabit menghantar mesej di WhatsApp meminta nombor akaun untuk memulangkan wang yang telah dibayar awal. Cik Bella berkata, walaupun berjanji untuk memulangkan wang pada hari majlis berlangsung, MUA itu hanya melakukannya tiga hari kemudian setelah memberikan banyak alasan. “Pukul 3 petang dia (MUA) WhatsApp minta nombor akaun untuk refund. Langsung tak ada minta maaf. Katanya dah lambat, nanti solekan tak cantik sebab kelam kabut. Jangan tertipu even tengok akaun TikTok dah berbelas ribu pengikut. ADIK MANGSA “Jangan tertipu even tengok akaun TikTok dah berbelas ribu pengikut. Kalau scammer tetaplah scammer. “Hari kejadian tak refund pun. Esoknya kata busy tengah make up. Keesokan hari (lusa) katanya tunggu suami bank in. Lepas tu janji sampai ke 11.30 malam untuk bank in,” katanya. Dia kemudian turut memuat naik satu posting tangkap layar memaparkan perbualan antara kakaknya dengan MUA tersebut. Menerusi tangkap layar dikongsikan, dapat dilihat MUA itu hanya membayar RM100 kerana perkhidmatan terbatal. MUA batal tempahan merupakan masalah besar kepada pelanggan. -Gambar hiasan Perkongsian wanita ini mendapat perhatian warganet malah ada yang mendakwa mereka turut ditipu oleh MUA yang sama, juga jurusolek lain. “MUA... kalau awak sibuk dan pelanggan awak ramai, beritahu awal. Kesian kami ni kalau ada majlis besar. Tak fikir ke semua tu sebelum bertindak. “Saya pun kena perkara sama. Hari kejadian MUA tak datang pun. Kelam kabut saat akhir cari MUA lain. Nasib ada yang kelapangan. “Tak kan la, saya dah book MUA ni untuk bulan hadapan. “Ya, saya pun kena scam dengan MUA yang sama awal bulan 10 tempoh hari. Buat laporan polis baru nak refund balik duit,” kongsi beberapa warganet. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube