UMPAMA jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib pasangan suami isteri ini selepas mereka diminta membuat pembayaran meskipun tidak mendiami rumah yang disewa. Meluahkan kesedihan di Facebook, wanita berkenaan berkata dia dan suami pada awalnya diminta meninggalkan rumah yang disewa untuk sementara waktu kerana pemilik perlu membuat runtuhan di beberapa bahagian. "Saya penyewa rumah kampung yang tuan rumah hanya berada di sebelah rumah dan berkongsi bil air. "Sewa bulanan adalah RM400, mula-mula masuk diminta bayar RM800. Rumah sewa antara keperluan masyarakat masa kini. -Gambar hiasan "Selepas dua bulan menyewa, tiba-tiba bulan Ogos lalu saya diminta untuk keluar sementara kerana rumah akan diruntuhkan," ujarnya yang ketika itu menghitung hari untuk bersalin. Menurut wanita ini, dia dimaklumkan perobohan tersebut disebabkan terdapat bahagian binaan rumah berada di atas tanah jirannya. Pada masa sama tuan rumah memberi jaminan bahawa pengubahsuaian dilakukan dalam tempoh seminggu dan perabotnya akan dijaga baik. Susulan itu dia bersetuju untuk keluar sementara. ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa pindah keluar, ‘owner’ enggan pulangkan deposit... Tolak segala kos baik pulih sepanjang tempoh sewaan ARTIKEL BERKAITAN: Individu pemurah diminta fikir semula niat bantu saudara susah! Rumah ‘fully furnished’ nak bagi duduk percuma, serba salah mahu buat perjanjian "Nak pindah memang tak sempat sebab saya tengah sarat dan tak sempat mencari rumah sewa lain dalam masa sehari. "Jadi keesokannya saya dan suami keluar dan menginap di homestay selama seminggu. "Namun selepas tempoh yang dimaklumkan, saya kembali ke rumah dan melihat barang serta perabot-perabot sudah rosak," ujarnya. Lebih menyedihkan apabila mereka masih tidak dapat mendiami rumah tersebut kerana tuan rumah menjangkakan pengubahsuaian mengambil masa sebulan. Ekoran itu, dia dan suami pulang ke kampung halaman bagi persediaan bersalin dan berpantang. Tak duduk kenapa bayar sewanya? Zalim la jadi tuan rumah, barang penyewa pun tak dijaga. WARGA MAYA "Hampir dua bulan tak duduk di situ, tiba-tiba tuan rumah minta bayar sewa untuk dua bulan. "Kebetulan penyewa di rumah milik ayah saya di Perak keluar, jadi saya bayar RM800 pada tuan rumah dan angkut barang-barang yang rosak dari Pulau Pinang ke Perak. "Kos sewa lori terpaksa pinjam daripada kawan-kawan dan sekarang anak saya tidak boleh bersekolah disebabkan sikap tuan rumah tu," tambahnya sayu. Susulan daripada itu, dia cuba mendapatkan pandangan daripada warga maya tentang tindakan yang boleh diambil ke atas tuan rumah bagi mengelakkan orang lain dianiaya. Antara komen warga maya. Menjengah ke ruangan komen, warga maya meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini. Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan tindakannya membayar sewa RM800 yang diminta tuan rumah meskipun tidak tinggal di kediaman berkenaan. "Teruknya tuan rumah tu, jangan bagi muka, ambil tindakan... janji ada bukti gambar mesej WhatsApp semua. "Tak duduk kenapa bayar sewanya? Zalim la jadi tuan rumah, barang penyewa pun tak dijaga, doa orang teraniaya dimakbulkan. "Sepatutnya jangan bayar sewa dua bulan tu, baik sangat awak ni. "Tuan rumah memang tergamak buat macam tu, semoga dipermudahkan urusan," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube