BENARLAH ada ungkapan mengatakan, cinta membuatkan seseorang itu 'buta'. Begitu juga dengan seorang wanita ini yang mengakui dirinya pernah mengambil tindakan bodoh kerana terlalu menyayangi teman lelaki. Wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu memberitahu, dia sanggup melakukan pinjaman wang dengan dua syarikat pinjaman wang berlesen (PWB) semata-mata mahu membantu kekasihnya membayar deposit bagi pembelian kereta baharu. "Nak kongsi penyesalan dalam hidup saya sikit. Disebabkan boyfriend, saya sanggup pinjam dengan dua PWB. "PWB pertama pinjam RM2,400, dapat dalam tangan RM2,000. PWB kedua pinjam RM1,500, dapat dalam tangan RM1,250," katanya yang berkongsi pengalaman untuk dijadikan pengajaran bersama. Tidak dinafikan wujud individu yang bijak mengambil kesempatan terhadap pasangannya. -Gambar hiasan Meskipun jumlah yang dipinjam hanya RM3,900, namun bayaran balik yang perlu dilangsaikan dalam tempoh setahun begitu membebankan disebabkan 'bunga' yang dikenakan tinggi. Jelas wanita itu, setiap bulan dia perlu memperuntukkan RM680 untuk membuat bayaran balik kedua-dua pinjaman. ARTIKEL BERKAITAN: Mak BF suruh bayar bil Astro, pinjam duit beli barang dapur... Waktu minta bayar hutang teman lelaki bagi ayat ‘makan dalam’ ARTIKEL BERKAITAN: Putus cinta selepas makwe hutang RM30,000, lelaki susun strategi dapatkan semula wang guna emas... Peguam bagi ‘lampu hijau’ "Disebabkan saya bayar benda bodoh inilah, komitmen penting saya tertunggak dua bulan," luahnya. Tambahnya, situasi tersebut menyebabkan dia terpaksa menyertai program di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk membantunya menguruskan hutang yang ditanggung. Jangan terlalu baik hati. Kadang-kadang kena pentingkan diri. Baguslah dah putus. Moga dapat jodoh yang baik. NETIZEN Tersedar dirinya tersalah langkah, wanita itu berkata dia akhirnya mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan cinta dengan kekasihnya itu. "Jangan risau, maruah saya masih terjaga. Alhamdulillah," tulisnya di laman sosial tanpa mengulas sama ada bekas teman lelaki membantunya melunaskan hutang-hutang tersebut atau tidak. Menerusi ruangan komen, warga maya tampil dengan pelbagai reaksi yang mana antara mereka memuji tindakannya yang tidak terus membiarkan diri dipergunakan oleh kekasih. Reaksi netizen terhadap perkongsian kisah wanita berkenaan. "Sebenarnya awal-awal lagi Allah dah selamatkan awak dari lelaki tak guna macam tu. Cuba bayangkan bila awak kahwin. Banyak dekat luar sana isteri sanggup pinjamkan duit untuk suami, berhutang beratus-ratus ribu. "Syukur sedar awal. Tak apa, anggaplah ini pengalaman. Lain kali, janganlah kita senangkan hati orang, nanti kita yang tersakiti. "Jangan terlalu baik hati. Kadang-kadang kena pentingkan diri. Baguslah dah putus. Moga dapat jodoh yang baik," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube