suria

Mak ayah suka ke ‘mall’ selamba tinggal anak di taman permainan ‘indoor’, biarkan perut kosong - “4 jam dia sendirian”

Segelintir kanak-kanak dibiarkan bermain tanpa pengawasan penjaganya. -Gambar hiasan

TAMAN permainan indoor untuk kanak-kanak semakin banyak didapati di pusat beli belah, sekali gus memudahkan ibu bapa meluangkan masa bersama anak kecil ketika berkunjung ke gedung itu.

Maklumlah selepas membeli-belah terutamanya mendapatkan kelengkapan dan barang keperluan rumah, si manja tentu teruja bermain di taman permainan.

Bagaimanapun, seorang wanita meluahkan kebimbangan apabila terdapat segelintir ibu bapa yang menjadikan kemudahan seumpama itu sebagai pusat jagaan kanak-kanak demi kepentingan diri sendiri.

“Masih wujud mak ayah yang tinggal anak dalam indoor playground sebab mereka nak enjoy.

“Tinggal berjam-jam, aku kira dalam empat jam juga, tanpa diberikan duit. Kali kedua aku jumpa mak ayah yang buat macam ni,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Taman permainan yang terdapat dalam pusat beli belah memberi keselesaan kepada kanak-kanak.

Taman permainan yang terdapat dalam pusat beli belah memberi keselesaan kepada kanak-kanak.

Bercerita lanjut tanpa mendedahkan lokasi pusat beli-belah berkenaan, kejadian yang berlaku itu membuatkan kanak-kanak perempuan yang ditemuinya seolah-olah menagih simpati orang awam yang berada berhampirannya.

Wanita itu turut menyifatkan sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan kanak-kanak didera secara emosi.

“Aku tengok banyak kanak-kanak yang abandoned mentally. Kasihan sangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dipandang serong hantar anak ke taska, tak boleh terima alasan nak relaks... Ramai melenting, geng mak-mak pun boleh ‘burnout’

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jadi saksi kecuaian bapa! Buka ruang dan peluang untuk penculik, lama tinggalkan anak sendirian atas motosikal

“Muka anak-anak ni memang terserlah sangat perlukan mak ayah, dan tadi aku jumpa seorang budak dekat indoor playground.

“Dia ikut aku semata-mata nak cakap pasal kaki dia luka,” ujarnya sayu dengan nasib malang yang menimpa kanak-kanak berusia sembilan tahun itu.

Lebih menyedihkan apabila dia turut mendapati kanak-kanak berkenaan sedang kelaparan dan enggan menjamah makanan yang diberikan.

“Tengok umur anak dan tengok jenis taman permainan indoor tu... ada yang tak perlu penjaga. Jadi jangan judge kalau tak ada perincian.

WARGA MAYA

“Sudahlah lapar, aku beri makanan, dia tak mahu. Mak dia ajar jangan ambil makanan daripada orang tak dikenali.

“Baguslah (ajaran maknya) tapi duit tak diberi kepada budak tu untuk beli makanan, jadinya dia lapar,” luahnya lagi.

Menurut wanita itu, meskipun sayu dan bersimpati melihat keadaan kanak-kanak berkenaan, namun dia terpaksa meninggalkannya bersendirian kerana perlu beredar pulang.

Tambahan pula dia sudah berada di taman permainan tersebut sejak pukul 5 petang sehingga 9 malam.

Warga maya memberikan reaksi masing-masing.

Warga maya memberikan reaksi masing-masing.

Sebelum pulang, dia melihat kanak-kanak terbabit melambaikan tangan dengan wajah sedih.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib yang dialami kanak-kanak itu.

Pada masa sama, tidak kurang juga yang mengkritik wanita itu dan memintanya supaya tidak menghakimi ibu bapa yang membiarkan anak-anak di taman permainanan indoor.

“Ada yang masih 'biul', pernah dulu anaknya nak terkucil sampai merah-merah muka, budak kerja di situ cakap yang mak dia dah lama tak ada (keluar), jadi aku minta izin nak bawa budak tu pergi tandas, lepas selesai dia haus pula.

“Tengok umur anak dan tengok jenis taman permainan indoor tu... ada yang tak perlu penjaga. Jadi jangan judge kalau tak ada perincian.

“Saya sebagai pemilik indoor playground sangat bersetuju 100 perarus, siap suruh babysit anak dia yang masih minum botol susu. Nak nangis sebab hampir-hampir choking hazard anak dia sebab gigit foam block toys,” demikian luahan warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain