suria

Pengantin perempuan tak kisah ‘cut’ bajet kenduri kahwin... Menangis ayah minta RM10,000, berangan nak buat majlis gah

Persiapan rapi dilakukan untuk memastikan majlis perkahwinan berjalan lancar. -Gambar hiasan

MAJLIS perkahwinan merupakan impian setiap pasangan kekasih yang memilih untuk hidup bersama sehingga akhir hayat.

Semestinya perancangan rapi dibuat bagi memastikan hari bahagia itu berjalan lancar.

Namun, seorang bakal pengantin perempuan meluahkan kesedihan di laman sosial apabila hasratnya untuk melihat majlis yang diimpikan 'dirosakkan' oleh ibu bapanya sendiri.

"Mak ayah dah tahu yang saya memperuntukkan RM10,000 untuk bajet majlis dan lain-lain keperluan mereka yang tanggung sebab mereka nak buat majlis besar.

"Memandangkan saya nikah di masjid, jadi saya cakap RM3,000 nak digunakan untuk kos nikah termasuk hantaran, gambar dan video," katanya.

Busana pengantin antara perkara yang sering dititikberatkan. -Gambar hiasan

Busana pengantin antara perkara yang sering dititikberatkan. -Gambar hiasan

Bercerita lanjut, menurut wanita itu, dalam perbincangan awal, bapanya menyatakan persetujuan dan faham dengan pengasingan kos tersebut.

Bagaimanapun pada Sabtu lalu, bapanya berubah fikiran malah berkeras supaya peruntukan RM10,000 itu digunakan sepenuhnya untuk menampung kos kenduri dan majlis sanding.

Buntu dengan situasi tersebut, dia mula berkira-kira tentang bajet yang perlu dikeluarkan untuk kos nikah di masjid.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ‘gila duit’ buat kecoh, ugut enggan sign borang wali! Ubah perjanjian wang hantaran menjelang majlis nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Mak pengantin lelaki kemaruk duit ‘salam kaut’, hati tak tenang dapat tahu resepsi rumah menantu dapat 18K!

Jelasnya, peruntukan RM3,000 yang disebut dalam perbincangan awal itu tidak termasuk kos baju dan kasut nikah serta solekan.

"RM3,000 tu cincai je, tapi sekarang kos nikah dah asing daripada RM10,000 tu.

"Sekarang saya rasa nak batalkan jurugambar dan video sebab itu yang banyak kos. Biar simpan memori dalam kepala sahaja.

"Kalau mak ayah tanya nanti, saya cakap yang semua duit dah habis untuk majlis sanding," luahnya sayu.

Kalau kenduri tu, ibu bapa yang tanggung sebenarnya, tapi semua tu dibebankan atas pengantin

WARGA MAYA

Bagi dirinya, kesedihan yang dirasai sebenarnya bukan berpunca daripada peruntukan tersebut untuk kenduri majlis sanding, sebaliknya disebabkan sikap ibu bapanya yang diibaratkan sebagai 'lidah bercabang'.

Kesedihan yang diluahkan di laman sosial mendapat perhatian warga maya.

Ramai yang tampil memberikan pendapat dan cara menjimatkan kos supaya bajet yang ditetapkan mencukupi untuk melangsungkan majlis pernikahan dan persandingan.

Warga maya memberikan cadangan untuknya menguruskan kewangan dan bajet

Warga maya memberikan pandangan untuk menguruskan kewangan dan bajet.

"Awak kurangkan kos untuk tetamu, misalnya kalau jemputan 1,000 kurangkan kepada 700 atau 800 orang. Tak payah juruvideo kalau membebankan dan cenderahati beli yang paling ringkas.

"Hantaran tu tak perlu pun, buat yang wajib je dan jika nak juga ada hantaran... bagi manisan-manisan je dan buat dalam tiga atau empat dulang.

"Akak pernah berada dalam situasi ni, penyelesaiannya kami guna pinjaman peribadi untuk top-up sebab kita dah rancang, tak boleh nak batalkan, kalau tak deposit hangus.

"Sepatutnya kalau kenduri tu, ibu bapa yang tanggung sebenarnya, tapi semua tu dibebankan atas pengantin sebab pengantin yang nak kahwin," demikian pandangan warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain