suria

Tempah sebulan lebih awal, tetamu terkedu tengok homestay tiada meter air! Tuan rumah tak rasa bersalah, tiada kata maaf

Perkongsian mengenai rumah inap tersebut turut meraih perhatian awam.

SEORANG wanita kesal dan tidak dapat melupakan pengalaman buruknya menginap di sebuah homestay di Melaka.

Menurut wanita itu, dia sudah membuat tempahan sebulan lebih awal untuk menginap di rumah inap tersebut kerana perlu menghadiri majlis kenduri kahwin.

Setibanya di sana, dia amat terkejut apabila mendapati meter air yang terletak di bahagian luar homestay sudah dipotong.

"Sebulan lebih dah booking homestay ni tau. Bila sampai-sampai tengok bahagian meter air homestay ni sudah kena potong," jelasnya menerusi ruangan kapsyen.

Tangkap layar perkongsian seorang wanita di TikTok.

Sudah pasti ketiadaan bekalan air membangkitkan kemarahannya selain mengganggu rancangan serta tidak selesa untuk menginap di situ.

Membuatkan dia berasa lebih terkilan dan tertekan apabila mendakwa tiada komunikasi daripada pihak tuan rumah berhubung perkara ini.

Katanya, sikap acuh tak acuh yang ditunjukkan oleh tuan rumah pula menunjukkan seolah-olah mereka tidak mengambil serius tanggungjawab terhadap tetamu.

ARTIKEL BERKAITAN: Katil digoncang, wanita sewa ‘homestay’ tepi pantai tak tidur malam! Mujur teringat pesan arwah datuk, sekali ‘seru’ terus senyap

ARTIKEL BERKAITAN: Pengusaha homestay merungut tetamunya dari Arab semua pengotor, bikin huru hara... Penyewa dari China jauh lebih baik!

"Tuan rumah lepas tangan. Sikap acuh tak acuh je dan perkataan maaf pun tak ada langsung.

"Perjalanan enam jam nak ke Melaka ni tup tup jadi macam ni pula. Nasib baik la sampai petang. Kalau tengah malam sampai dan jadi macam ni, memang naya," katanya.

Perkongsian itu dibanjiri pelbagai pendapat dan reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasibnya.

"Hari tu duduk dekat homestay di Melaka pun sama meter sudah kena cabut. Nasib la tuan rumah datang buat sambungan macam mana entah la. Kalau tak, meroyan juga. Dah la sewa mahal.

Tak kena dekat puan tak apa. Kami sudah dapat kunci baru tahu meter tak ada air.

PELANGGAN RUMAH INAP

"Sudah buat bayaran penuh ke? Kalau macam saya memang tak buat bayaran penuh sebab nak datang dulu tengok keadaan homestay betul ke atau scammer. Bayar harga tempahan je. Memang risau tempah homestay tapi kalau dapat yang baik, rezeki," komen beberapa netizen.

Dalam pada itu, penyewa ini turut menjawab beberapa komen netizen dengan menceritakan apa yang berlaku selanjutnya.

Jelasnya, dia bersyukur mendapat semula wang yang telah dibayar setelah menghubungi pihak pengurusan.

Dalam pada itu, dia turut membalas salah satu komen netizen yang melihat tindakan berkongsi kisah ini di media sosial hanya akan menutup 'periuk nasi' tuan rumah.

Komen netizen di TikTok.

"Tak kena dekat puan tak apa. Kami sudah dapat kunci baru tahu meter tak ada air. Kami datang dari jauh tau.

"Tuan rumah tu, WhatsApp dan hubungi kami pun tak nak. Apatah lagi datang nak selesaikan. Kalau kami tak telefon, mungkin dia senyap.

"Sebelum pelanggan masuk tak kan dia tak buat pemeriksaan rumah dulu. Tempahan sudah dibuat sebulan lebih awal dah," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain