BERGELAR janda, ada waktu tertentu hidup wanita pasti akan terasa sunyi tanpa pasangan. Walaupun sudah mempunyai anak, bagi sesetengah wanita keinginan untuk kembali mendirikan rumah tangga masih ada. Seorang ibu tunggal dengan seorang anak berkata dia mula mengenali seorang lelaki berstatus duda berusia 10 tahun lebih muda daripadanya. "Nak masuk setahun saya kenal dia. Orangnya baik, duda anak dua tapi anak-anak dia dijaga bekas isterinya. "Dalam masa berkenalan, dia memang nampak romantik, sanggup buat apa-apa yang termampu dia lakukan," katanya menerusi satu luahan di Facebook. Mula berkenalan dengan seorang lelaki berstatus duda. -Gambar hiasan Mengakui tersentuh dengan cara lelaki itu melayan baik dirinya, namun wanita itu mengakui terdapat dua perkara yang membuatkan dia dalam dilema untuk bernikah. Jelasnya, antara sikap yang kurang disenanginya adalah lelaki itu jenis panas baran. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada duit nak kahwin, wanita terkejut tunang minta tanggung kos dulu... Beri alasan rezeki biasanya bertambah lepas nikah ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu cinta isteri sampai sanggup pinjam Ah Long tapi bercerai jua! Suami penyayang sedih pengorbanan tak dihargai "Dia suka marah-marah. Kalau bertengkar dan bila dia bertanya dan saya tak menjawab, itu boleh mendatangkan kemarahannya. "Tapi kemarahan dia sekejap saja. Dia akan tenang semula, cuma itulah kalau dia marah memang buruk. Suara tinggi, nanti macam-macam kata kesat keluar," ujarnya. Menurut wanita itu, lelaki berkenaan tidak bergaji besar tetapi memiliki sebuah kereta dan sebuah motosikal. Dia bagaimanapun tidak kisah mengenai soal gaji si duda yang dikenalinya itu, tetapi buntu memikirkan faktor lain yang melibatkan pengurusan kewangan. Kalau dia marah memang buruk. Suara tinggi, nanti macam-macam kata kesat keluar. IBU TUNGGAL SEORANG ANAK "Jika dia dah bayar duit motosikal dia, sudahnya memang tak ada duit. Namun sejak kebelakangan ini, duit bayaran sudah menjadi tanggungjawab saya. "Kereta dia rosak pun saya kena selesaikan. Kadang-kadang duit makan dia pun, beli barang keperluan dia atau mak dan adik dia, saya yang bayar," jelasnya. Wanita keliru dengan rancangan perkahwinannya. -Gambar hiasan Namun dia akur bahawa di sebalik sikap negatif itu, dia masih menghargai sikap tunangnya itu yang mempunyai kebaikan yang harus dipuji. "Dia tidak akan menolak kalau ke mana saya nak pergi. Penat macam mana pun dia akan hantar saya. "Selain itu, dia memang lelaki yang baik dan dia juga tahu dia banyak menyusahkan saya. "Cuma saya tak pernah fikir begitu kerana saya sayangkan dia. Keluarga dia semua dia dah kenal dan mereka suka saya bersama dengan dia walaupun saya lebih tua daripada dia," katanya lagi yang keliru membuat keputusan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube