KESUKARAN hidup golongan kurang berkemampuan dan asnaf membuatkan pelbagai jenis bantuan kewangan disediakan untuk membantu mereka. Ini termasuklah lembaga zakat di negeri-negeri yang berusaha mengagihkan bantuan kepada golongan yang layak menerima bantuan. Namun, seorang wanita membuat pendedahan di laman sosial mengenai individu yang licik mendapatkan zakat serta bantuan kewangan meskipun hidup senang. Kebanyakan penerima zakat dan bantuan adalah golongan asnaf dan B40. -Gambar hiasan Bukan sekadar itu, dia turut mendakwa individu tersebut memiliki barang kemas selain mampu melancong. "Kau masih ada duit nak beli makanan asas, pergi melancong dan barang kemas di badan tapi kau pergi mohon bantuan zakat dan sebagainya. "Ini bermakna kau ambil hak orang yang sepatutnya, benda makan jadi darah daging. Esok-esok kau nak jawab macam mana depan Allah," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Asnaf buat perangai, 7 kali kena halau tuan rumah... Zakat Selangor terpaksa jawab, dituduh biar Abang Kasturi tinggal bawah jambatan ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jelik tengok pelajar guna duit zakat, elaun Mara pergi clubbing - “Sedarlah kau tu miskin” Meskipun tidak mendedahkan identiti pihak berkenaan, namun menerusi perkongsiannya, dia menggambarkan individu tersebut mempunyai hubungan rapat dengannya kerana mengetahui hal berkaitan keluarga. Pada masa sama, dia turut tertanya-tanya tentang syarat dan peraturan bagi melayakkan seseorang itu menerima bantuan zakat mahupun bantuan kewangan lain. Ada kawan, semua bantuan kerajaan dia dapat tapi apabila ada yang tak dapat... dia meroyan. WARGA MAYA Mana tidaknya, segelintir penerima adalah mereka yang mampu dari semua aspek dan tidak mempunyai atau menjaga waris yang dikategorikan golongan istimewa. "Saya tak tahu SOP (prosedur operasi standard) zakat ni macam mana, tapi saya pernah teman kawan ibu tunggal pergi zakat sebuah negeri. "Dia mohon bayaran elektrik tertunggak, ambil masa untuk luluskan tapi ada bantuan ekspres juga," katanya lagi. Warga maya memberikan pandangan masing-masing. Menerusi ruangan komen, ramai berkongsi pengalaman meminta zakat dan bantuan kewangan lain, namun mendakwa tidak berpeluang menerimanya meskipun hidup susah serta berstatus ibu tunggal. "Kakak saya ibu tunggal, tak pernah dapat bantuan apa-apa. Harapkan Socso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) arwah suami setiap bulan. "Ada kawan saya macam tu... dari rumah, kedai, mesin jahit dan semua bantuan kerajaan dia dapat tapi apabila ada yang tak dapat... dia meroyan di Facebook. "Mak mentua saya ibu tunggal pun kadang kala tolak bantuan sekolah untuk anak-anak yatim masa anak-anak dia masih bersekolah sebabnya dia rasa masih mampu untuk sediakan semuanya. "Satu je nak cakap, pihak zakat sepatutnya turun padang dan buat pemeriksaan betul-betul bagi memastikan individu tersebut benar-benar layak menerima atau tidak," tambah warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube