suria

Dimaki sebab mengidam roti canai, sampai sekarang dendam dengan suami! Terbongkar ramai lelaki sanggup kasari isteri hamil

Hanya kerana roti canai wanita hamil diherdik suami. -Gambar hiasan

DISAHKAN berbadan dua tentunya menjadi berita paling ditunggu-tunggu setiap pasangan terutama yang baru mendirikan rumah tangga.

Hakikatnya, fasa kehamilan bukanlah sesuatu mudah untuk dilalui kerana si ibu berdepan banyak ujian mental dan fizikal sepanjang sembilan mengandung.

Keinginan dan emosi wanita hamil perlu difahami oleh para suami. - Gambar hiasan

Keinginan dan emosi wanita hamil perlu difahami oleh para suami. -Gambar hiasan

Selain masalah kesihatan dan emosi tidak stabil disebabkan perubahan hormon, ibu mengandung juga akan mengidam untuk menikmati pelbagai makanan atau minuman, adakalanya yang susah diperolehi.

Kebiasaanya para suami cuba memenuhi keinginan isteri, namun berbeza dengan seorang wanita yang dimaki hamun hanya kerana meminta roti canai daripada suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil berendam air mata, suami tak layan permintaan makan Suki-ya - “Dia asyik ride dengan kawan-kawan

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam proses cerai, wanita tak gembira dapat tahu diri hamil! Tawar hati suami upload foto, sebut nama arwah isteri setiap hari

"Saya pernah kena maki sebab saya nak makan roti canai masa mengandung. Macam saya susahkan dia. Sampai sekarang apa bekas suami saya cakap tu saya ingat.

"Dia bertuah, kedua-dua anak sayangkan dia. Nafkah pada anak OK tetapi apa dia cakap dulu tu memang saya tak kan lupa sampai bila-bila," kata wanita berkenaan.

Habis pantang, badan kuat. Terus cerai. Silalah teruskan hidup kau dengan maki hamun kau tu sorang-sorang

NETIZEN

Dia berkongsi pengalamannya itu sebagai respons terhadap luahan seorang wanita lain yang turut menjadi mangsa makian suami ketika mengangdung.

"Dapat tahu mengandung aku kena maki. Tengah mengandung kena maki. Dalam pantang pun kena maki. Silap orang dia buat aku macam tu.

"Habis pantang, badan kuat, terus cerai. Silalah teruskan hidup kau dengan maki hamun kau tu sorang-sorang," katanya wanita berkenaan dalam posting berbeza.

Luahan para wanita hamil.

Luahan para wanita hamil.

Luahan wanita itu mendapat reaksi isteri-isteri lain dengan ada yang berpandangan dia masih bertuah kerana hanya dimaki berbanding yang menjadi mangsa keganasan semasa hamil.

"Tapi kan OK la awak kena maki. Saya kena pukul, kena tinggal. Bila dah jadi isteri ni hanya mampu taat je awak.

"Sebab setan gembira kemudian dia suka menghasut bila goyahnya sebuah masjid. Sebab tu banyak kes cerai," luah netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain