suria

Individu anggap generasi hari ini mengada-ngada! Mak ayah dah sedia semua masih ‘claim’ depresi, sikit-sikit ‘anxiety’

Ramai anak muda terbuka bercerita tentang kesihatan mental di media sosial. -Gambar hiasan

RAMAI golongan muda hari ini gemar berkongsi luahan perasaan tentang kehidupan mereka di media sosial.

Malah, golongan ini juga terbuka berkongsi masalah kesihatan mental yang didakwa dilalui mereka.

Di TikTok, seorang individu meluahkan rasa kurang senang terhadap anak muda zaman kini yang dianggap manja.

Pose pics for the story on bully cases on the group of kids on May 31.—AZMAN GHANI/The Star

Individu yang mengalami masalah mental sering berdepan pandangan serong orang sekeliling. -Gambar hiasan

Dalam perkongsian itu, individu berkenan turut menyelar sikap sebilangan anak muda yang dilhat terlalu mengada-ngada.

"Budak zaman sekarang. Mak ayah yang kerja macam nak mamp*s. Anak yang duduk serba-serbi disediakan mak ayah (alami) depresi, anxiety.

"Pandai-pandai pergi jumpa pakar. Bila jumpa pakar, dapatlah surat. Kau tunggu nanti kau nak kerja. Tengok macam mana.

Kalau ikutkan serba-serbi disediakan, dimewahkan, tapi ada anxiety. Punca dimanjakan ke macam mana?

NETIZEN

"Yang betul kena tak ada pun jumpa pakar, sanggup lawan. Ini yang tak kena mengada lebih," ujar individu itu.

Hantaran yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Munafik Hunting itu menerima hampir 150,000 tontonan.

Di ruangan komen, beberapa netizen turut bersetuju dengan kenyataan itu berdasarkan situasi semasa yang mana semakin ramai anak muda berdepan tekanan perasaan pada zaman ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir setahun dibelenggu depresi, 2 kali jalani ujian mental... gadis ini tepis stigma jumpa psikiatrik ertinya gila

ARTIKEL BERKAITAN: Depresi bergelar janda, anak terharu lihat cara bapa tunjuk kasih sayang - “Bekas suami tak mampu menyamai cinta abah”

"Salah seorang kenalan saya, mak layan macam puteri. Tak payah kemas rumah, masak, basuh baju... Tiba-tiba pergi klinik kesihatan, cakap depresi, anxiety bagai.

"Cuma nak tanya, memang ramai macam ni ke? Kalau ikutkan serba-serbi disediakan, dimewahkan, tapi ada anxiety. Punca dimanjakan ke macam mana?

"1000 peratus setuju. Lepas tu kelar-kelar tangan. Ingat boleh selesai masalah?

"Setuju. Dah macam trend penyakit ni sekarang," tulis beberapa netizen.

file6ezu6083out1kvgutc6k

Tekanan di tempat kerja juga boleh menjadi punca masalah kesihatan mental. -Gambar hiasan

Namun, ada juga yang menyelar pemilik akaun TikTok itu kerana memandang ringan masalah kesihatan mental dalam kalangan anak muda.

"Kesihatan mental bukan gurauan. Jangan hakimi kalau anda tak alami apa yang mereka rasa.

"Tak adil salahkan generasi ini. Sebab mereka hasil didikan manja generasi kita.

"Jangan perkecil masalah mental seseorang. Kamu tak tahu apa mereka lalui," tegur beberapa netizen pula.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain