suria

10 tahun urus pelajar bermasalah, guru buat kesimpulan punca dari rumah! Simpati sampai rasa nak bawa balik, jaga seminggu dua

Masalah rumah tangga akan mempengaruhi emosi serta tingkah laku anak. -Gambar hiasan

ANAK yang baru dilahirkan diibaratkan kain putih yang bersih.

Ungkapan yang bersandarkan hadis riwayat Al-Bukhari itu sering dijadikan panduan kebanyakan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Bagaimanapun seiring perubahan zaman, kebanyakan ibu bapa semakin sibuk dengan kerja masing-masing sehingga anak terabai dan kurang kasih sayang.

Di laman Thread, seorang guru mendedahkan bahawa kesibukan ibu bapa menjadi salah satu punca masalah perilaku murid di sekolah.

"Aku cikgu, 10 tahun uruskan pelajar bermasalah. Setiap kali pelajar buat masalah, aku tanya kerja parents.

Kanak-kanak perlu dididik seawal usia bagi mengelakkan masalah di kemudian hari. -Gambar hiasan

Kanak-kanak perlu dididik seawal usia bagi mengelakkan masalah di kemudian hari. -Gambar hiasan

"Bukan nak judge, tapi untuk info... kebiasaannya apabila anak bermasalah, mesti ada masalah juga kat rumah yang mana ia berpunca daripada parents," ujarnya.

Menurutnya, hantaran yang dibuat itu berdasarkan kisah benar hasil temubual bersama pelajar bermasalah.

Malah katanya, berdasarkan luahan isi hati pelajar, kebanyakannya dipercayai kurang mendapat perhatian ketika berada di rumah.

"Pernah ada pelajar yang suka sangat buat masalah sampai aku pernah rasa nak bawa balik rumah dan jaga dia dalam seminggu dua.

"Nampak sangat dia kurang mendapat perhatian kat rumah, mak isteri nombor dua dan ayah jarang ada kat rumah sebab selalu habiskan masa di rumah isteri pertama.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayah kaki pukul, mak lari ikut lelaki lain! Nasib murid kelas belakang buka mata cikgu... Suasana di rumah mereka dah cukup ‘keras’

ARTIKEL BERKAITAN: Sikit-sikit ugut ‘tak halal ilmu’, mudah melenting ajar murid nakal... Gadis lepasan sekolah kesal guru tiada jiwa pendidik

"Mak dia pula ada sakit yang tak pasti tapi memang tak pernah pergi jalan-jalan," katanya berkongsi cerita.

Lebih menyedihkan apabila pelajarnya turut memberitahu cuti hujung minggu dihabiskan di rumah semata-mata disebabkan tidak nampak kelibat bapanya.

"Budak ni memang bermasalah dari darjah satu, makin lama makin teruk... daripada suka kacau kawan sampailah dapat tangkap dia mencuri kat sekolah.

"Sekarang dah darjah lima, selepas tangkap dia mencuri, dia mula dedahkan yang kat luar pun dia mencuri.

"Banyak dia curi, beratus-ratus sebab tak jangka langsung tempat dan cara dia ambil duit tu. Rupanya dia pernah seludup masuk koperasi, bilik guru dan pejabat sekolah," tambahnya lagi.

Terima kasih cikgu kerana prihatin, ramai yang selalu label pelajar bermasalah sebab pengaruh rakan-rakan. Kebenaran pahit.

WARGA MAYA

Susulan itu, kedua-dua ibu bapanya dipanggil ke sekolah.

Meskipun kurang memberi perhatian kepada anak, namun guru ini memuji sikap ibu bapa murid terbabit yang memberi kerjasama apabila diminta hadir ke sekolah.

"Apa pun bagus, parents dia bagi kerjasama. Mak dia cerita yang kat luar pun dah pernah kena tangkap curi duit tabung masjid dan lain-lain.

"Jadi hukuman tetap kena, gantung sekolah seminggu," ujarnya yang turut bersimpati dengan nasib murid berkenaan.

Merasakan ada netizen akan menyalah tafsir kata-katanya seolah-olah memburukkan ibu bapa, dia menjelaskan bahawa hantaran yang dibuat adalah berdasarkan temubual dan pengalaman berdepan pelajar bermasalah.

Antara reaksi warga maya pada perkongsiannya.

Antara reaksi warga maya pada perkongsiannya.

"Bukan aku kata anak bermasalah sebab ibu bapa teruk, cuma perkara tu banyak dari rumah yang mungkin ibu bapa pun tak sedar sikap mereka menjadi punca anak bermasalah.

"Mungkin kurang beri perhatian, sibuk kerja, sakit, anak ramai, emosi terganggu atau masalah kesihatan mental," jelasnya yang masih belum dikurniakan cahaya mata.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya memujinya kerana prihatin dengan masalah murid dan mengambil tindakan sewajarnya.

"Terima kasih cikgu kerana prihatin, ramai yang selalu label pelajar bermasalah sebab pengaruh rakan-rakan. Kebenaran pahit.

"Setuju, anak lelaki saya tingkatan 2. Masa sekolah rendah, komen cikgu adalah anak saya banyak cakap tapi kerja sekolah semua siap. Naik menengah, sekolah lebih besar dan kawan-kawan dari merata sekolah rendah... dia mula buat hal. Teruk saya marah dan alhamdulillah sekarang tak buat hal dah.

"Teruskan cikgu, semoga Allah permudahkan urusan cikgu dan dimurahkan rezeki anak," demikian komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain