suria

Ketiak kawan bau tengik, wanita tak sanggup lagi curi-curi bernafas setiap kali keluar bersama... Nak tegur, bimbang terasa hati

Bau ketiak rakan membuatkan seorang wanita tidak tahan setiap kali keluar bersama. -Gambar hiasan

MASALAH bau badan menjadi mimpi buruk bagi mereka yang mengalaminya, baik lelaki atau perempuan.

Bukan hanya mengganggu rutin dan aktiviti bersosial, bau badan terutama di bahagian ketiak juga boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri.

Apa yang pasti, rakan dan orang sekeliling juga menjadi tidak selesa apabila menghabiskan waktu bersama.

Perkongsian seorang wanita di media sosial yang cuba mendapatkan bantuan warga maya berkenaan masalah rakannya yang mempunyai bau ketiak ternyata mencuri tumpuan.

Wanita ini buntu mencari cara terbaik menegur keadaan bau badan rakannya. Gambar hiasan

Seorang wanita buntu mencari cara terbaik menegur rakannya yang mempunyai masalah ketiak berbau. -Gambar hiasan

Menurut individu itu, rakannya mempunyai masalah bau ketiak yang kritikal namun dia tidak sampai hati untuk berterus terang mengenai perkara itu.

Dia menggambarkan bagaimana dahsyat bau ketiak rakannya itu, yang didakwa menusuk rongga hidung.

“Korang, boleh cadangkan tak, macam mana cara untuk beritahu kawan kita bahawa ketiak dia berbau?

“Dalam masa sama tak nak dia (kawan) terasa hati. Tengik tu sampai menusuk ke hidung,” katanya meminta pandangan warga maya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai deodorant! Tak tahan bau ketiak masam, lelaki tegur warga asing badan berbau... Netizen kata orang tempatan pun sama

ARTIKEL BERKAITAN: Dipinggirkan kerana ketiak busuk? Hilangkan bau peluh dengan limau nipis, ini caranya!

Individu ini juga berkata, dia terpaksa menahan dan mencuri nafas seperti orang hendak bersalin kerana tidak tahan dengan bau ketiak rakannya itu.

“Kadang kalau keluar makan tengah hari dengan dia (kawan) tu terpaksa tahan nafas dan curi-curi ambil nafas.

“Terasa macam orang nak beranak pula curi nafas,” ujarnya lanjut.

Korang, boleh cadangkan tak, macam mana cara untuk beritahu kawan kita bahawa ketiak dia berbau?

NETIZEN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi maklum balas dan pandangan mengenai cara untuk menegur rakan itu secara sopan.

“Dulu supervisor kami raikan ulang tahun dan kami hadiahkan dia deodorant. Tak sangka dia faham sendiri. Keesokan harinya, dia datang kerja dengan ketiak berbau deodorant.

“Diaorang bukan tak dapat bau cuma sudah terbiasa dengan bau badan sendiri.

Selain penggunaan deodorant, banyak bahan asli bertindak membantu mengurangkan bau ketiak. Gambar hiasan

Banyak bahan asli bertindak membantu mengurangkan bau ketiak. -Gambar hiasan

“Kau belikan dia ubat, nak bagus yang kat kedai jamu jenis serbuk. Masukkan dalam sampul tulis 'Awak ni cantik, tapi sayang ketiak awak bau. Cubalah guna ni, semoga berkesan'.

“Cari deodorant yang ada hydrogen peroxide. Hadiahkan kat dia dalam kotak, bungkus cantik-cantik dan tulis nota ‘buka di rumah’.

“Kalau keluar berdua, elok terus terang je sis. Cakaplah tak ada niat untuk singgung hati dia. Sambil tu boleh cadangkan deodorant yang elok tak buat ketiak berbau. Ada banyak di pasaran.

"Sebagai rakan, awak sepatutnya beritahu kepadanya tentang bau badan dialami,” demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain