KEMAJUAN teknologi mendorong pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan memalsukan resit transaksi dalam talian hingga merugikan peniaga. Jika terleka atau lalai, scammer akan mudah mengambil kesempatan. Seperti pengusaha butik pakaian secara atas talian ini, dia mendedahkan taktik seorang individu yang cuba menipu dengan membuat suntingan resit transaksi berjumlah RM75. Cubaan pembeli untuk scam peniaga pakaian dengan menyunting jumlah bayaran menggunakan transaksi atas talian. Menurut wanita berkenaan, dia mengesyaki tentang cubaan menipu itu apabila menerima notifikasi transaksi bank berjumlah RM0.01. “Ingatkan dah tak ada orang nak tipu bayaran macam ni (sunting resit). Rupanya ada lagi. “Patutlah pelik dapat notifikasi ada orang transfer RM0.01. Rupanya menipu,” luahnya menerusi platform media sosial. Menerusi perkongsian sama dia turut memuat naik gambar resit transaksi yang disunting berjumlah RM75 dan tangkap layar daripada aplikasi WhatsApp perbualan bersama pembeli itu. Bagaimanapun penipu berkenaan dilihat tidak bijak apabila membuat suntingan di atas resit yang ditangkap layar dan bukannya di atas dokumen asal seperti PDF. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dicekup edit resit! Beli jam RM54 tapi cuma 'transfer' 1 sen, dedah dah ramai kawan buat tapi tak kantoi ARTIKEL BERKAITAN: Tempuh 400km pukul 3 pagi demi menipu! Wanita bawa lari 717 bungkus bahulu dari rumah peniaga, bagi resit dah edit Bersyukur kerana dia terpedaya dengan penipuan berkenaan, wanita itu dalam masa sama mengingatkan pengusaha perniagaan kecil sederhana lain agar berjaga-jaga dengan teknik penipuan seperti itu. Nasihatnya, ambil masa untuk periksa resit pembayaran sama ada ia adalah tulen tanpa sebarang tanda-tanda sunting atau penipuan. “Penipu mungkin cuba mengubah maklumat pembayaran atau memanipulasi resit untuk menipu. Patutlah pelik dapat notifikasi ada orang transfer RM0.01. PENIAGA “Sahkan kaedah pembayaran dan semak silang jumlah pembayaran dan rujukan transaksi dengan pemproses pembayaran atau penyata bank anda. “Periksa ketidaksepadanan seperti sebarang perubahan yang luar biasa dalam format resit atau maklumat yang mungkin hilang,” kongsinya. Perkongsian peniaga ini mendapat reaksi warganet malah dalam kalangan peniaga sendiri yang turut pernah berhadapan dengan situasi sama. “Pengalaman saya hampir ditipu. Dia order seluar mengandung tau. Saya jenis semak dulu akaun. Masuk baru pos. Dia dah bagi resit palsu. Jangan terpedaya dengan penipuan kerap dilakukan secara atas talian. Gambar hiasan “Saya selalu periksa perbankan atas talian dahulu sebelum teruskan langkah berikutnya. Risau zaman sekarang resit senang orang tipu. Setakat ini Alhamdulillah. “Bagi yang membenarkan pembayaran QR di kedai. Sila beli soundbox. Jadi kalau sibuk, boleh dengar berapa jumlah diterima. “Kalau saya, walaupun penjual tengok notifikasi telefon, saya tetap tangkap layar dan kongsi padanya. Sebab tak nak ada isu kemudian, melegakan hati penjual pun ya. “Aduh, Photo.pdf tu je dah mencurigakan sangat,” demikian antara komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube