suria

Jiran tak faham bahasa, gigih alih pasu bunga tepi rumah orang gara-gara nak parkir... Makin geram perangai buruk ‘menurun’ ke anak!

Seorang wanita meluahkan tentang sikap jirannya yang pentingkan diri. -Gambar hiasan

HIDUP di kawasan kejiranan tidak lengkap tanpa ada sikap ambil tahu dan prihatin antara satu sama lain.

Namun seorang wanita tidak menyangka apabila dia harus banyak bersabar tatkala berhadapan dengan sikap jiran yang pelik sejak dia dan keluarganya berpindah ke perumahan itu.

Walaupun mempunyai ruang parkir sendiri di rumah masing-masing, dia yang lebih dikenali Sarah berkata, jirannya itu masih meletakkan kenderaan di lorong di tepi kediamannya.

"Aku ada jiran yang pelik. Daripada mula kami pindah rumah ni, dia memang sakan nak parking kereta tepi rumah ni walaupun dah dapat surat notis daripada pihak berkuasa tempatan.

"Sebabnya cikgu sekolah depan ni buat report pasal kereta-kereta parking di tepi jalan," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Kaedah menyusun pasu bunga di tepi rumah tidak berhasil. -Gambar hiasan

Dalam pendedahan itu, dia terpaksa memikirkan cara lain iaitu menyusun pasu-pasu bunga di tepi rumah, dengan harapan laluan tersebut tidak disalahgunakan sebagai tempat parkir.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 14 tahun mula hidup liar, bebas ‘diangkut’ lelaki... Jiran sedih ibu bapa langsung tak kisah! - “Budak tu datang rumah kami menangis”

ARTIKEL BERKAITAN: Bangga langgan Netflix, tapi guna internet jiran sebelah... Terus tak bertegur sapa lepas dapat tahu password WiFi ditukar

Bagaimanapun sangkaannya meleset kerana jirannya itu tetap berkeras untuk meletakkan kenderaannya di situ tanpa memikirkan kesan kepada orang lain.

"Saya letak pasu-pasu bunga di tepi rumah. Tapi dia gigih alihkan pasu tu semata-mata nak letak kereta dia," ujar Sarah.

Agaknya memang dia saja nak tengok kereta dia tergesel atau tak kot.

PENGADU

Tambah wanita itu, selain isu parkir kereta dia dan jiran berkenaan tidak mempunyai sebarang masalah.

Namun apa yang dikesalkannya apabila sikap pentingkan diri turut 'menurun' kepada anak-anak jirannya yang boleh membuatkan mereka hilang sabar.

"Elok je bertegur sapa tapi perangai dia parking kereta merata kat rumah jiran ni memang menguji kesabaran kami.

"Pernah juga apabila anak dia datang, selamba je parking depan pagar rumah. Apabila kami nak keluarkan kereta, dia pula buat muka tak bersalah.

"Itu belum lagi anak dara dia parking sipi-sipi depan pagar aku," ujarnya yang masih tertanya-tanya apakah yang menyebabkan jirannya bersikap sedemikian.

Disebabkan sikap tiada common sense atau kurang adab, hal itu berlarutan hingga membebankan mereka sekeluarga untuk keluar dari rumah.

"Kami yang tuan rumah ni nak keluar kereta pula kena pandai-pandai elak. Agaknya memang dia saja nak tengok kereta dia tergesel atau tak kot," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain